Travelog Maldives
Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong. Kali ini saya ke Maldives. Perancangannya tak sampai seminggu. Kami berangkat dengan penerbangan petang (6.45 ptg) dan sampai di Male jam 8.20 malam waktu tempatan. Hampir jam 10 kami pun mendaftar masuk ke hotel yang saya tempah lebih awal.
Besoknya, kami kembali ke lapangan terbang. Kemudian kami menaiki bot laju ke Pulau Olhuvelli. Tempoh pelayaran 45 minit. Kami disambut dengan kalungan bunga dan gendang. Kami diberikan taklimat dan dihantar ke villa penginapan dengan buggy. Penginapan kami di atas permukaan laut. Pemandangan sangat indah, air laut sangat jernih sehingga kelihatan ikan berenang-renang. Petang itu kami menghabiskan masa bermain di laut. Suasana pulau sangat cantik dan tenang. Bersih dan dijaga rapi. Hanya kami sahaja pelancong dari Malaysia. Yang lain kebanyakannya orang putih dan ada beberapa keluarga Arab.
Kami menginap satu hari sahaja. Akan tetapi sangat memuaskan hati kerana suasananya yang damai dan cantik. Banyak aktiviti laut yang disediakan, namun bayaran untuk menyertainya agak tinggi dan dalam USD.
Besoknya kami pulang ke Male. Petang itu kami berjalan-jalan di sekitar
kota. Pulau ini kecil sahaja. Jalan-jalannya agak sempit. Motosikal merupakan kenderaan yang popular. Kami ke Fish Market untuk membeli buah
tangan. Namun tidak banyak buah tangan
yang sesuai untuk dibeli.
Hari terakhir kami bersarapan di Ferry
Terminal, Male. Kemudian kami bergegas
ke lapangan terbang kerana penerbangan kami adalah pada 10.45 pagi waktu
tempatan.
Secara keseluruhannya, percutian kami
memuaskan. Tidak banyak yang dapat diterokai
kerana kawasan pelancongan kebanyakan terletak di pulau-pulau. Belanja di sana agak mahal kerana negara ini menjadikan
pelancongan sebagai sumber pendapatan utama. Banyak cukai yang dikenakan
terhadap pelancong.
2 ulasan:
cantik air laut
Memang indah anugerah Allah kepada negara itu.
Catat Ulasan