Rabu, November 28, 2007

Kemandulan DBP atau Kebaculan MP?

Isu terkini tentang bahasa Melayu ialah dakwaan seorang anggota parlimen berkaitan KEMANDULAN DBP dalam mencipta istilah baharu. Hal ini merujuk kepada entri-entri dalam Kamus Dewan yang banyak diadaptasikan daripada bahasa Inggeris. Tiba-tiba sahaja Dr. Wan Hashim membangkitkan persoalan bahasa Melayu. Persoalan juga di manakah suara anggota parlimen semasa bahasa Melayu diperlekeh suatu masa dahulu. Malah ketika nama bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia, mengapakah anggota parlimen berkenaan tidak bangun untuk mempertikaikan sebelum menyatakan persetujuan? Nampak persoalan bacul dan mandul bukan lagi sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat kita.
Sepatutnya ahli-ahli parlimen tidak bacul untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu. Hal itulah lebih besar sebenarnya berbanding istilah-istilah dalam korpus bahasa Melayu. Tiba-tiba sahaja melenting dan menuduh orang sebagai mandul adalah tidak wajar. Adakah oleh sebab pilihan raya semakin hampir, wakil-wakil rakyat mahu menonjolkan diri dengan bercakap tanpa pertimbangan.
Bahasa Melayu sebenarnya bukan sekadar entri dalam kamus. Bahasa ialah entiti yang dinamik dan berkembang. Sedarkan kita bahawa sebahagian besar istilah dalam bahasa Melayu sendiri merupakan pinjaman daripada Sanskrit, Inggeris, Parsi, Arab, dan sebagainya. Selagi pengambilan istilah asing membantu perkembangan bahasa, rasa tidak ada apa-apa kesalahan pihak yang bertanggungjawab terhadap bahasa. Lihat sahaja bahasa Indonesia yang begitu serius usaha adaptasinya. Natijahnya bahasa Indonesia berkembang pesat dan tidak berlaku krisis identiti seperti yang dialami oleh bahasa Melayu.
Pemimpin sepatutnya memperjuangkan martabat bahasa, bukan menuduh orang lain untuk menonjolkan diri.

2 ulasan:

katarsis berkata...

Dr,
Kalau DBP dikatakan mandul, saya rasa ahli-ahli politik Melayu di Tanah Melayu ini bolehlah saya panggil mereka sebagai mati pucuk dalam memperjuangkan bahasa Melayu. Agenda Melayu tak usah cerita. Memang saya bersetuju benar dengan Dr, mana perginya YB itu apabila istilah bahasa Melayu ingin di ubah kepada bahasa Malaysia. Antara kekurangan istilah dengan roh bahasa Melayu itu sendiri, saya memilih untuk menyayangi roh bahasa Melayu. Kita boleh mencipta pelbagai istilah, tetapi kita tidak boleh menukar semangat bahasa Melayu itu sendiri. Namun YB ini nampaknya rabun kerana tidak nampak akan semangat dan roh bahasa Melayu itu yang semakin terkulai dikerjakan oleh ahli-ahli politik Melayu!!

azizul kamaruzaman. berkata...

persoalannya sebanyak mana sebenarnya perkataan bahasa melayu yang asal? hampir semua perkataan diadaptasi dari bahasa lain. maka sekiranya bahasa inggeris terus diadaptasi, bukanlah satu persoalan yang wajar diisukan? tak gitu?

Travelog Seoul Korea 2017

Tanpa banyak persediaan, saya membuat keputusan untuk melancong ke Seoul. Saya terbang ke Seoul pada 28 Ogos, dengan Air Asia.   Kami tiba ...