Isnin, Mac 31, 2008

Istirahat di Kalumpang Resort




Kesibukan memuncak sejak akhir-akhir ini. Mengajar deadline untuk menyerahkan bahan-bahan penulisan, di samping tugas rasmi merupakan satu tekanan yang hebat. Namun, aku tidak mahu terlalu obses dengan segala rutin sehingga melemahkan pengurusan diri. Untuk itu, aku mengambil peluang untuk bersantai dan istirahat bersama-sama isteri dan anak-anak. Aku memilih Kalumpang Resort yang terhindar dari kebisingan dan kerancuan hidup. Suasana di sini agar segar dan sunyi dipenuhi kehijauan hutan. Suara air sungai membelai lenaku sepanjang malam. Sempat bermandi-manda, sambil menghirup pawana nyaman dari alam semulajadi yang semakin hilang kesuciannya. Dan aku betah berguru dengan alam, kerana melimpahkan kurnia ilham dan semangat yang membugar.

3 ulasan:

Ferida Erlyda berkata...

rindunyer nak pergi kalumpang!! seronok kan kat sana tenanggg jer..air pun sejuk.. saya dan suami tau tempat tu pun sbb last year sepupu kita org wat majlis resepsi kat situ..chalet pun selesa jugakk..

Tanpa Nama berkata...

Jalan-jalanlah ke sana. Janganlah asyik kerja je. Sampai bila pun tak habis kerja. Enjoy life, nanti dah ada anak, lain pula keutamaannya. Masa masih berdua, gunakan masa sebaiknya untuk melancong. Dengarlah nasihat cikgu ni, hehe.

Karelia Cigarettes berkata...

It is really outstanding, your blog! I did not even want to leave the web page because everything is arranged so perfectly well and the content is so interesting that it attracts everyone’s attention. Thank you very much for such a great pleasure and interest! I’ve already made your blog a part of my favorite links and will visit it many more times.

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...