Khamis, Disember 11, 2008

Sebuah Sajak Lama


Musim Pengampunan

Oleh Ghazali Lateh

Apakah yang lebih baik kau katakan,
menjadi madu bicara,
tentang penyisihan yang manis,
dan tidak pernah terjangka,
akan pahitnya.

Tangan yang mereka hulurkan,
bukanlah lambaian mesra,
kuku dan cakar yang tersembunyi,
menggertak dalam senyuman,
akupun mengerti,
makna sebuah retorika,
skrip lakonan mereka.

Biarlah aku menafsir kembali,
kewajaran aku di sini,
ketika kehadiran tidak dihajati,
kerana aku terlalu mengerti,
sempena musim pengampunan ini,
mengubah destinasi,
sesungguhnya semakin pasti.

Pengampunan ini bagiku,
sebuah hukuman!

Banting,
14 Disember 2004

3 ulasan:

asalbayu berkata...

APA SUMBANGAN KITA?
Sejak 1967 zionis Yahudi @ Israel memperkasakan pembunuhan dan kemudian merobohkan premis dengan melaksanakan peperangan yang tidak pernah diharamkan oleh PBB. Sekutu rapatnya yang menaja dana ialah Amerika. Cuba bayangkan, masyarakat zionis tu bukannya ada kerja selain berperang. Kita warga Malaysia juga turut hulurkan dana dengan melanggan produk keluaran sekutu zionis antaranya Nestle, Johnson & Johnson, Kraft, Coca Cola, Pepsi Cola, Colgate dan banyak lagi terutamanya pewangi serta kosmetik. Produk yang paling banyak ialah rokok/tembakau. Andainya sebatang rokok menyumbang 10 sen ke dalam tabung perang zionis, hitunglah berapa jumlah yang disumbangkan?

Pada 3 Januari 2009 lalu semasa menghadiri kenduri di rumah seorang kawan di Alor Setar saya sempat berbual singkat dengan Ed Lazim dan membayangkan dengan hal tersebut.

Ed Lazim adalah warga istimewa yang hanya sebelah mata sahaja berfungsi sekitar 50% sahaja. Manakala sebelah mata lagi menurut katanya, langsung tidak berfungsi.

Saya mengkagumi anak muda ini kerana keupayaannya bermain muzik (gitar) sambil menyampaikan lagu terutamanya lagu puisi dengan baik. Beliau berupaya menggubah lagu dengan pantas; jika diberikan puisi pada waktu pagi, pada sebelah petang beliau sudah boleh menyampaikannya dengan begitu baik.

Berbalik kepada butir-butir perbualan di rumah kenduri berkenaan. Saya meluahkan pandangan begini:

Jika diperhatikan bukan sedikit puisi/sajak dicipta lalu disiarkan oleh pelbagai media melahirkan luahan kemarahan terhadap zionis Yahudi yang membantai warga Palestin yang kini telah menjangkau lebih 500 jiwa.

Warga dunia begitu geram dengan keangkuhan Amerika mengeluarkan kenyataan yang menuding jari menyalahkan Hammas lalu mengatakan bertanggungjawab atas apa yang berlaku!
Saya menyampaikan pendapat mengatakan puisi-puisi yang ditulis akan hanya tinggal kaku dalam buku atau berlonggok di esastera. Persoalannya ialah mengapa tiada mana-mana pihak yang mahu merakamkan lagu-lagu atau deklamasi dalam bentuk CD atau kaset kemudian dipasarkan. Sebahgian kutipan jualannya bolehlah disumbangkan kepada tabung bantuan rakyat Palestin.

Barangkali ia boleh direalisasikan menerusi NGO.

Maaf panjang juga ni.

Ghazali Lateh berkata...

Asalbayu,
Benar seperti kata Tuan, kita tidak berupaya untuk berbuat apa-apa terhadap kekejaman Zionis terhadap saudara kita di Palestin. Benar juga kata Tuan karya-karya sastera kita tidak menggerakkan apa-apa swadaya untuk membantu rakyat Palestin yang diratah dengan rakus di bumi terbakar itu. Tuntasnya, memang kita tidak terdaya untuk berbuat apa-apa, apatah lagi kita hanya golongan kerdil yang tidak dipandang, sedangkan pihak kerajaan, OIC, malah negara-negara Arab juga hanya berunding dan berunding. Bayangkan ketika rundingan baru memulakan agenda, sudah berapa nyawa yang melayang. Natijahnya tidak ada kesudahan kekejaman Yahudi itu. Bantahan melalui apa-apa cara sekalipun tidak menjejaskan kekejaman itu. Rasa-rasanya, sudah tiba masanya pihak yang memprotes kekejaman itu menggerakkan tentera masing-masing untuk membantu. Selain daripada itu saya tidak nampak kaedah yang berkesan. Wallahua'lam.

Ghazali Lateh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...