Berpindah ke Rumah Baharu

Posted on Sabtu, Disember 20, 2008
Aku dan keluarga sudah berpindah ke rumah baharu. Alamatnya No. 2, Jalan Cempaka Wangi 13, Taman Cempaka, 42700 Banting, Selangor. Untuk rakan-rakan dan kenalan, jemputlah datang ke majlis tahlil. doa selamat, dan bacaan Yassin yang akan diadakan pada hari Khamis, 25 Disember, 2008. Waktunya selepas Maghrib. Maaf kerana barangkali tidak dapat menjemput secara formal semuanya, tetapi sesiapa yang membaca blog dijemput hadir.

Reactions: 

Sebuah Sajak Lama

Posted on Khamis, Disember 11, 2008

Musim Pengampunan

Oleh Ghazali Lateh

Apakah yang lebih baik kau katakan,
menjadi madu bicara,
tentang penyisihan yang manis,
dan tidak pernah terjangka,
akan pahitnya.

Tangan yang mereka hulurkan,
bukanlah lambaian mesra,
kuku dan cakar yang tersembunyi,
menggertak dalam senyuman,
akupun mengerti,
makna sebuah retorika,
skrip lakonan mereka.

Biarlah aku menafsir kembali,
kewajaran aku di sini,
ketika kehadiran tidak dihajati,
kerana aku terlalu mengerti,
sempena musim pengampunan ini,
mengubah destinasi,
sesungguhnya semakin pasti.

Pengampunan ini bagiku,
sebuah hukuman!

Banting,
14 Disember 2004

Reactions: