Secebis simpati yang kumasukkan
ke lubang kecil tabung insani
tanpa mempamerkan replika perasaan
yang bakal terpapar
di muka depan akhbar kemanusiaan.
Betapa kepedihan telah menjadi
wahana mencipta jenama
dan aku bakal tercicir
dari senarai sang pengukir
arca hipokrasi duniawi
lantaran replikaku terlalu kecil
untuk kuperagakan
di podium kebanggaan.
Ketulusan telah tumbuh persoalan
pabila kita leka mengumpul kemanusiaan
sehingga tidak sempat
mengagihkan harapan
sedang kita menghebahkan jumlah
ada yang tumpas dalam lelah.
Pabila bencana menyapa
akan terbuka sebuah medan kesima
terserlah aksi watak-watak utama
dan badut-badut pelbagai warna
di mana-mana.
Banting,
2/1/05
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Travelog Aceh Februari 2025
Baru-baru ini isteri saya mendapat hadiah cabutan bertuah berupa tiket penerbangan ke Aceh. Kami berangkat pada 21 Februari. Kami maka...

-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan