Sabtu, Februari 04, 2012

Mimpi

Seperti engkau telah membunuh mimpi
dan membiarkan malammu tidak terisi
senandungku tidak lagi kaucari
hanya menyukai keindahan yang tidak dimiliki.

Ini tentang masa lalu
yang hilang dalam senandung rindu
kaucari sebuah tugu cinta yang runtuh
ketika aku datang membawa secubit rasa
terpesona
lalu semuanya bermula.

Tapi kini segala yang kuberi
gagal memadam sekelumit rasa di sudut hati
tika bicara tanpa suara
kau melukiskan damba rasa
tanpa warna tapi ada tona
tanpa irama tapi ada nada
tanpa rasa tapi ada selera.

Aku terpaksa mengingati kembali
semua mimpi yang pernah kita kongsi
kerana lakaran cinta kiranya pudar
aku tidak mampu memberi cagar
menambat idaman mekar
di hujung sanggar.


Dangau Marhaen,
4/2/2012

2 ulasan:

mohamad kholid berkata...

salam cikgu, novel Tohid Epilapsi tu ada stok lagi tak? Saya berminat...

Ghazali Lateh berkata...

Ada utk simpanan sendiri kalau tak silap. Nanti saya check balik. Kalau ada saya bagitau. terima kasih kerana minat.. hehehe.

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...