Dialah yang
mengetuk pintu malam,
ketika bulan
bermuram,
di sini telah
terpadam lirik cinta,
yang kita
dendangkan saban purnama,
kiranya arah
perjalanan tiada lagi panji-panji rindu,
terbakar dalam
sukma yang kelu.
Aku mohon pulang
sebentar,
membawa cebisan
hasrat yang hambar,
leraikan
cengkaman lidahmu,
pada ujar mesra
bersira bisa,
kerana kita
hampir pasti membuang jejak,
untuk membunuh
rindu yang marak.
Maafkan aku jika
cokmar cinta telah patah,
mahkota di jemala
asmara pudar
sinar,
pertahankan sisa
kasih yang terakhir,
sampai aku pulang
mencantas khuatir.
Kini,
pintu malam yang
terkunci,
biar kuratapi
dalam sepi,
belasungkawa
sebuah rindu yang mati.
27/03/2000