Khamis, September 15, 2022

TRAVELOG HATYAI SONGKHLA 2022

 Travelog Hatyai 2022

 Setelah dua tahun tidak ke mana-mana, saya mengajak keluarga ke Thailand.  Kebetulan Pak Ali, pemilik homestay yang kami tinggal ada menyediakan pakej ke Hatyai.  Hari Isnin, 12 Septeber kami bergerak ke Padang Besar dan sampai seawal jam 7 pagi.  Urusan di sempadan lancar dan kami dijemput oleh Abdullah, pemandu kami di Hatyai.  

 



Selepas bersarapan di Padang Besar, Thailand, kami terus ke Songkhla.  Dalam perjalanan kami berhenti di beberapa lokasi menarik untuk bergambar.  Salah satunya di Central Mosque, Songkhla.  Khabarnya di masjid ini disediakan pakej perkahwinan untuk orang-orang Malaysia yang mahu menikah di Thailand.  Kami ke Samila Beach dan bergambar di sekitar pantai.  Kemudian kami menaiki feri untuk ke Bukit Merah.  Kami berhenti minum di Good Mountain yang terletak di sebuah pulau.  Pemandangannya sangat indah.

 



Kemudian kami balik ke Hatyai.  Kami makan tengah hari di sebuah restoren Muslim dan makanannya Harga barangannya lebih kurang harga di Malaysia.  Di bawah hotel terdapat pasar malam.  Pelbagai makanan dijual dan kami makan malam di sekitar kawasan pasar.

Besoknya kami bersarapan di Chabura Dim Sum Cafe yang sangat terkenal.  Oleh sebab hari Selasa, pengunjungnya tidak ramai.  Kemudian kami ke tempat kereta kabel.  Malangnya perkhidmatan kereta kabel ditutup kerana mengalami kerosakan.  Kami ke Seaverse Cafe untuk bergambar.  Kemudian kami membeli-belah di Gimyong Bazar.  Keadaannya seperti di Pasar Payang.  Pelbagai barangan dijual terutama sekali makanan khas Thailand.

 




Kami meminta agar dibawa ke Terowong Parti Komunis Malaya yang terletak di Sadao.  Jalannya agak lengang menuju ke kawasan pedalaman. Akhirnya kami sampai ketika sudah agak petang dan hujan mula turun.  Namun kami tetap melihat kawasan bersejarah ini.  Tayangan video tentang PKM juga sangat informatif.  

 



Kami pulang ke sempadan dan tina pada jam 6.30 petang.  Kesimpulannya, perjalanan 2 hari 1 malam ke Hatyai adalah memadai bagi kami.  

Tiada ulasan:

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...