Sabtu, Disember 14, 2024

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

 Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.  Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.  Pada petangnya kami  ke Thamrin City, kemudian ke Plaza Indonesia.  Keadaan di Plaza sangat ramai  pengunjung.  Pasar ray aini merupakan sebuah pasar raya yang besar.  Besoknya kami bercadang ke Monas tetapi ditutup kerana hari Isnin hari pembersihan.    Kemudian kami ke PIK di Panchoran.  Kami makan tengah hari di Restoran Pagi Sore yang sangat ramai pengunjung.  Kemudian kami bersiar-siar di kawasan tepi Pantai buatan. Malangnya hari hujan telah menghalang kami menerokai kawasan tersebut dengan lebih banyak. Kami kemudian ke Tanah Abang, beli-belah di pusat grosir yang sangat besar.  Kami balik ke hotel dan menerokai kawasan sekitar. 

 








Besoknya, kami ke stesen Halim untuk menaiki kereta api laju ke Bandung.  Tiketnya telah kami tempah secara dalam talian.  Perjalanan dari Jakarta ke Bandung hanya memakan masa 40 minit sahaja.  Kami turun di stesen Padalarang kerana ada rakan yang menunggu kami di stesen tersebut.  Dari stesen kami dibawa ke Dusun Bambu, satu kawasan wisata yang cantik. Selepas itu kami singgah di Floating Market dan mendaftar masuk di hotel di kawasan tumpuan iaitu Braga.  Kawasan ini sangat meriah terutamanya pada waktu malam.

 

Pada keesokan harinya kami ke Kawah Putih,  Ciwidey.  Sempat juga melihat kawasan ladang teh yang sangat luas.  Kami makan tengah hari di sebuah restoren Sunda.  Kemudian kami balik untuk  beli-belah di Pasar Baru, Kartikasari dan outlet di sekitar.  Malam itu kami tidur awal kerana perlu bangun awal pagi untuk menaiki Panoramic Train pagi esok.

 

Esoknya,  kami berangkat ke Jakarta dengan kereta api panoramik seawal jam 5.25 pagi (6.25 waktu Malaysia).  Perjalannya mengambil masa tiga jam.  Pemandangan di sepanjang perjalanan sangatlah memukau.  Pemandang gunung, Lembah, sawah, hutan sangat menarik.  Sesampai di Jakarta, kami sempat ke Tanah Abang sekali lagi untuk beli-belah.  Selepas itu barulah kami ke lapangan terbang untuk berangkat pada pukul 4.30 petang (5.30 waktu Malaysia).

 

Keseimpulannya, perjalanan secara mendadak ini m


emuaskan hati kami.  Indonesia bijak memanfaatkan alamnya sebagai tarikan wisata ke sana.  Banyak  tempat menarik yang boleh dilawati.

Khamis, Jun 20, 2024

Travelog Maldives Jun 2024

 

Travelog Maldives

 Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.  Kali ini saya ke Maldives.   Perancangannya tak sampai seminggu.  Kami berangkat dengan penerbangan petang (6.45 ptg)  dan sampai di Male jam 8.20 malam waktu tempatan.  Hampir jam 10 kami pun mendaftar masuk ke hotel yang saya tempah lebih awal.

Besoknya,  kami kembali ke lapangan terbang.  Kemudian kami menaiki bot laju ke Pulau Olhuvelli.  Tempoh pelayaran 45 minit.  Kami disambut dengan kalungan bunga dan gendang.  Kami diberikan taklimat dan dihantar ke villa penginapan dengan buggy.  Penginapan kami di atas permukaan laut.  Pemandangan sangat indah, air laut sangat jernih sehingga kelihatan ikan berenang-renang.  Petang itu kami menghabiskan masa bermain di laut.  Suasana pulau sangat cantik dan tenang.  Bersih dan dijaga rapi.  Hanya kami sahaja pelancong dari Malaysia.  Yang lain kebanyakannya orang putih dan ada beberapa keluarga Arab.

Kami menginap satu hari sahaja.  Akan tetapi sangat memuaskan hati kerana suasananya yang damai dan cantik.  Banyak aktiviti laut yang disediakan, namun bayaran untuk menyertainya agak tinggi dan dalam USD. 










Besoknya kami pulang ke Male.  Petang itu kami berjalan-jalan di sekitar kota.  Pulau ini kecil sahaja.  Jalan-jalannya agak sempit.  Motosikal merupakan kenderaan yang popular.  Kami ke Fish Market untuk membeli buah tangan.  Namun tidak banyak buah tangan yang sesuai untuk dibeli.

 Hari terakhir kami bersarapan di Ferry Terminal, Male.  Kemudian kami bergegas ke lapangan terbang kerana penerbangan kami adalah pada 10.45 pagi waktu tempatan.

 

Secara keseluruhannya, percutian kami memuaskan.  Tidak banyak yang dapat diterokai kerana kawasan pelancongan kebanyakan terletak di pulau-pulau.  Belanja di sana agak mahal kerana negara ini menjadikan pelancongan sebagai sumber pendapatan utama. Banyak cukai yang dikenakan terhadap pelancong. 

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

  Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.   Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.   Pada petangnya kami   ke Thamrin City, ke...