Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!
Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.
Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!
Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.
Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
guru penolong kanan satu.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.
Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!
Ghazali Lateh
Kalumpang Resort and Training Centre,
31 Mac 2008
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
guru penolong kanan satu.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.
Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!
Ghazali Lateh
Kalumpang Resort and Training Centre,
31 Mac 2008
196 ulasan:
Hebat sangat...
Puitis, padat dan tepat.
Saya terpesona dan terpikat. Sangat bersesuaian dengan pencarian saya.
Mohon izin ubahsuai sedikit dan mendeklamasikannya pada majlis persaraan pengetua kami dan share di facebook.
Norazman bin Mohamad
SMK Machang Bubuk, Pulau Pinang.
nice n very intresting...minta share
Kalau sesuai ambillah... asal jangan digunakan untuk mendapatkan keuntungan material. Terima kasih.
Izinkan saya gunakan sajak ini untuk persaraan guru besar saya..
salam.best la sajak ni.mohon izin guna utk deklamasi di sekolah ye.. tq.
salam.best la sajak ni.mohon izin guna utk deklamasi di sekolah ye.. tq.
Cikgu.. minta izin untuk menggunakan sajak ini untuk majlis di sekolah saya
Indahnya sajak tuan,
Mohon izin memetik sebahgian
sajak itu untuk majlis persaraan
pengetua kami.
Guru PSV dari Pendang
Cikgu PSV Pendang, kalau rasa sesuai ambillah. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
sajak yang sangat puitis dan menyentuh perasaan..mohon izin untuk dideklamasi di majlis persaraan di sekolah,terima kasih
cikgu prasekolah
Silakan Cikgu prasekolah.
salam cikgu..mohon izin tuk guna sajak cikgu yg indah ini tuk majlis persaraan guru di sekolah saya..
cikgu bumi kenyalang
Salam. Mohon izin nak mendeklamasi sajak untuk majlis pesaraan PK1. Bestlah sajak ni....
Cikgu Bandar Hujan'
Taiping.Perak.
Salam Cikgu Bumi Kenyalang dan Cikgu Bandar Hujan. Silalah ambil jika sesuai untuk dideklamasikan sajak tersebut.
salam,mohn share n ubahsuai utk koleksi saya.indah n putis sekali
Salam tuan, mohon dipetik puisi indah ini untuk dipersembahkan pada majlis persaraan GPK Koku SK Methodist, Tanjong Malim...semoga Allah memberkati ilmu dan usaha tuan...
Terima kasih kpd semua yang menghargai karya saya yang tidak sepertinya.
sajak yang berkesan... mohon diguna untuk dibacakan sajak ini daalam majlis persaraan ketua saya. Mohon kebenaran sunting sedikit untuk kesesuaian acara
salams cikgu...Tahniah untuk cikgu coz pandai dan bnyk bebeno ilham menghasilkan macam2 bentuk sajak..
Ummi ada 1 request.Boleh x cikgu cipta 1 SAJAK utk ummi? Ummi dah cube bbp kali tapi sekerat jalan rasa mace x bes je..Syukran3
InsyaAllah Ummi, tapi saya bukannya pandai sangat. Saja suka-suka..
salam ckgu, minta izin untuk kongsi sajak cikgu, tercari2 kata indah untuk dihadiahkan buat pengetua sekolah sy, terjumpa dalam blog ckgu, terima kasih,,
salam.sangat indah ....mohon guna dalam majlis persaraan pk saya.
maz.
salam.sangat indah ....mohon guna dalam majlis persaraan pk saya.
maz.
Terima kasih Maz. Deklamasilah elok-elok dalam majlis yang disebutkan.
izinkan saya menggunakan sajak ni,best sgt...penuh erti
Tahniah...sebuah puisi yg hebat...pohon utk dikilamasikan pada majlis prsaraan GB kami esok..TQ
puisi yang menarik dan sesuai. mohon guna untuk majlis persaraan guru media. terima kasih cikgu
salam...
mohon izin untuk diletakkan dalam buah tangan untuk pengarah kolej.. terima kasih.. hanya Allah dapat membalasnya.. :)
Terima kasih kpd yang sudi bertandang.
Salam....
Satu nukilan sajak yang amat puitis dan bermakna. Mohon izin untuk menggunakan sajak ini sempena persaraan GB. Terima kasih.
izin guna untuk majlis persaraan guru sekolah sy ya..=)
Kalau sesuai ambiklah cikgu...
salam...minta izin untuk guna puisi ini untuk ditujukan khas kepada gb saya yg akan bersara esok....sekian terima kasih.
salam...minta izin untuk guna puisi ini untuk ditujukan khas kepada gb saya yg akan bersara esok....sekian terima kasih.
Saya izinkan Cikgu Nurin. Ubahsuai sikit utk kesesuaian majlis.
salam, sungguh bermakna...minta izin untuk deklamasi dalam majlis persaraan 16 jan thn depan...
salam tuan, minta izin untuk copy untuk persaraan pengetua sekolah saya..
Ok. Saya izinnkan. Ubahsuai sikit ikut kesesuaian.
izinkan saya deklamasikan sajak ini untuk majlis persaraan guru besar saya..sangat menarik dan padat...
mohon share dn ubahsuai utk mjlis perpisahan guru besar saya. T.kasih
saya pun nak juga...boleh ya cikgu. tak sempat mengarang, sajak cikgu indah sangat, tak terjangkal dek akal, utk persaraan gpk1 sek saya hari jumaat ni,tk ya
saya pun nak juga...boleh ya cikgu. tak sempat mengarang, sajak cikgu indah sangat, tak terjangkal dek akal, utk persaraan gpk1 sek saya hari jumaat ni,tk ya
Silakan Cikgu Kartini... kalau perlu ubah suai, ubah suailah sikit. Biasa saja, sajak suka-suka buat masa GPK saya pencen dulu.
ASSALAMUALAIKUM..
sajak tuan sgt puitis..
sy mohon untuk share sajak tuan
bg majlis persaraan rkn sejawat..
terima kasih..
Salam tuan, mohon digunakan sajak tuan untuk album perpisahan guru saya yang bersara
Salam..mohon share untuk program persaraan GB saya..
puisi yang indah dan padat..terima kasih..
Salamm mohon kebenaran untuk share sajak tuan untuk majlis persaraan rakan sejawat...terimakasih.
Silakan, gunalah kalau sesuai dengan majlis. Saya izinkan.
salam. ramai peminat sajak ni :D tahniah..saya pun mohon izin utk guna sajak di majlis persaraan pengetua kami. harap dpt keizinan. terima kasih
Salam cikgu. Hasil pena cikgu begitu indah. Saya juga mohon untuk mendeklamasikannya pada majlis persaraan GPK 1 esok. Terima kasih.
mohon kebenaran untuk berkongsi sajak ini ya.. terima kasiih...
assalamualaikum, puisi yang sangat puitis dan menikam kalbu. mohon izin digunakan untuk majlis persaraan GPK1 saya.... terima kasih banyak.
salam...mohon untuk di gunakan dalam majlis persaraan rakan pendidik di SMKMM p.pekan kelantan,
Salam tuan..saya memohon utk guna sajak ini pada majlis persaraan pengetua di sek.kami..harap dapat keizinan..terima kasih..
Salam tuan...puisi yang puitis....mohon izin untuk guna sajak ini untuk persaraan pengetua kami...semoga idea tuan sentiasa mengalir bagai air untuk menulis....terima kasih tuan...
Lama juga saya tidak membuka blog saya ni. Rupa-rupanya ramai juga yang meminati puisi persaraan ini. Tidak menjadi masalah untuk pengunjung menggunakan puisi saya ini. Tapi kalau sudi berilah sedikit kredit dan penghargaan. Itu sudah memadai.
Sajak yang mantap.....puitis. Syabas tuan. Syukran Ya Allah memberi ilham yang hebat kpd insan-insan terpilih seperti tuan ini. Mohon ubahsuai sajak ini untuk pertukaran GB saya. Tahniah sekali lagi tuan....
Sajak yang mantap.....puitis. Syabas tuan. Syukran Ya Allah memberi ilham yang hebat kpd insan-insan terpilih seperti tuan ini. Mohon ubahsuai sajak ini untuk pertukaran GB saya. Tahniah sekali lagi tuan....
Sesiapa yang berhasrat untuk menggunakan sajak ini dalam majlis yang berkaitan, silakan menggunakannya. Namun, tinggalkan sedikit catatan tanda anda menghargai karya ini.
Sajak yang hebat. Mohon diubahsuai dan digunakan untuk majlis persaraan guru SKLU.Terima kasih
Saya suka dgn bait2 puisi ini dan saya mohon izin untuk ubahsuai sedikit utk digunakan pada majlis perpisahan pengerusi persatuan saya. Terima kasih
Silakan Sdr Norlya Mohd Jali. Terima kasih.
hebat puisi ni..mohon share utk persaraan gpk sy..tq..semoga Allah murahkan rezeki ckgu..
guru pemulihan khas
mohon izin utk persaraan pk saya.terbaik
Silakan... mudah-mudahan majlis lancar, insyaallah.
sungguh puitis nukilan Tuan.. mohon izin untuk majlis persaraan pengetua SMK Guar Chempedak 2014
alhamdulillah akhirnya ketemu jua sajak yg sgt sesuai. mohon share utk majlis psaraan tim.pgarah kami.tkasih
Silakan, jika sesuai. Boleh ubah suai ikut kesesuaian. Nadia dSy, yang bersama tu Cikgu Fatimah ke?
Syahdu sangat puisinya. Sangat sesuai dengan pencarian saya. Mohon izin dideklamasikan sempena persaraan rakan sekerja.
Silakan tuan jika bersesuaian.
Masya-Allah...puisi yang sangat hebat. Mohon dikongsi untuk persaraan dua orang guru di sekolah saya. Terima kasih...selamat berkarya
Insyaallah. Gunalah jika bersesuaian dengan majlis.
Sungguh menyentuh perasaan. Mohon izinkan saya gunakan utk majlis persaraan guru besar SK Parit. Terima kasih.
Silakan!
Salam..mohon izin memetik puisi tuan untuk tujuan majlis persaraan kakitangan kami...terima kasih
-ctz-
Silakan Wan Siti jika bersesuaian.
Salam Cikgu..
Puitis bahasa yang cikgu ungkapkan
Tiap bait ayat membawa maksud yang mendalam
Izinkan saya deklamasikan sajak ini untuk sahabat saya yang akan bersara minggu hadapan..
Kebaikan juga hanya Allah jua yang membalasnya..
Terima kasih cikgu..
Cikgu Hawati
Muar
Wassalam Cikgu Hawati,
Silakan. Ubah suailah dengan keperluan dan senario majlis. Terima kasih kerana sudi bertandang.
Salam tuan...
mohon izin untuk digunakan bagi majlis persaraan guru sekolah sy dan
di olah sekata dua...
terima kasih...
Assalam
Mohon izin utk digunakan bagi majlis persaraan guru sekolah saya dan akan saya olah serangkap dua. Terima kasih
Sialakan, jika sesuai dengan keperluan Tuan.
Assalamualaikum Tuan,
Mohon izin untuk digunakan dalam majlis persaraan di tempat kerja saya. Terima kasih.
Silakan. Tak ada masalah.
Salam, kata-kata puisi yang indah...mohon guna untuk tayangan majlis persaraan sahabat saya...terima kasih
Assalamualaikum tuan,
Mohon izin tuan untuk gunakan sajak tuan dalam majlis persaraan GPK sekolah saya.
Semoga tuan sentiasa dalam rahmat-Nya. Amin
Terima kasih.
Silakan Mein, jika bersesuaian.
Assalamualaikum, masyaa Allah, sangat menyentuh hati bait2 sajak ini, mohon keizinan untuk saya menggunakan sajak ini untuk majlis perpisahan majikan kami.
Silakan Marlina Mokhtar jika bersesuaian.
Assalamualaikum Tuan. Mohon saya kongsi puisi ini untuk saya bacakan di majlis persaraan pengetua saya Jumaat ini. Terima kasih.
Assalamualaikum Tuan. Mohon saya kongsi puisi ini untuk saya bacakan di majlis persaraan pengetua saya Jumaat ini. Terima kasih.
Silakan Sdr Norlaila
Assaslamualaikum Tuan. Mohon untuk kongsi puisi ini sempena majlis persaraan rakan seperjuangan. Terima Kasih
Salam.
Izin menggunakan puisi anda sebagai ucapan persaraan ayahanda saya.
Sialan jika bersesuaian.
Assalamualaikum.
Buah fikir saya tak sehebat tuan, sulaman kata tak setanding tuan. Izinkan saya mengait setiap bait tuan buat titipan PK kesayangan. Semoga tuan dirahmati Allah berpanjangan..
Assalamualaikum.
Buah fikir saya tak sehebat tuan, sulaman kata tak setanding tuan. Izinkan saya mengait setiap bait tuan buat titipan PK kesayangan. Semoga tuan dirahmati Allah berpanjangan..
Silakan, jika bersesuaian. Terima kasih
indah..mohon izinkan utk diseswaikan dgn persaraan gb soklah sya
trima kasih
Silakan, jika bersesuaian.
Subhanallah sajak yg sgt menyentuh hati. Mohon share ye
Silakan Rafearif
mohon digunakan untuk majlis persaraan guru besar saya ya...terima kasih
Silakan kalau sesuai
Salam.tuan mohon izin deklamasikn sajak Bak Air Mengalir ini utk mjlis persaraan gpk hem sek sy.sgt puitis sajak tuan dan sgt trkesan di hati.novel tuan dari lembah ke puncak juga prnah sy ajarkn pd ank2 murid sy dan novel trsebut juga mninggalkn kesan mndalam dlm jiwa.moga Allah jua dpt mmbls jasa tuan
Silakan Tuan, jika bersesuaian.
tahniah tuan, luar biasa karya ini....mohon izin untuk guna dalam majlis persaraan di sekolah saya. Semoga Allah ganjari sebagai amal jariah berpanjangan...amin.
Silakan.
ASSALAMUALAIKUM...SAYA MOHON UNTUK NUKILAN TUAN YANG INDAH INI DIGUNAKAN KETIKA MAJLIS PERSARAAN GKMP DI SEKOLAH SAYA. SEMOGA JASA TUAN DIRAHMATI ALLAH
tuan, saya ingin meminjam dan bait2 sajak ini...untuk pengetua saya...very deep into the heart...
Puisi yg cukup indah...Mohon share utk majlis di sekolah saya..
Indah bahasanya..Ada bait yg menyentuh jiwa..Mohon Tuan utk sy deklamasi dan ubahsuai sedikit dlm majlis persaraan Timb. Pengarah saya
Silakan jika bersesuaian
Tuan Ghazali Lateh..begitu indah sekali puisi tuan dan cukup mendalam dan bermakna...mohon untuk diambil bagi majlis persaraan pengetua ambo.
Silakan cikgu serena love sekiranya betsesuaian.
Silakan cikgu serena love sekiranya betsesuaian.
Mohon guna sajak tuan utk persaraan pengarah saya
Silakan Tuan jika bersesuaian.
Mohon tuan saya gunakan untuk majlis persaraan GPK1 sekolah saya pd 30hb sept ini.Terima kasih.
Assalammualaikum Tuan..Saya mohon izin untuk deklamasi dengan sedikit perubahan bersesuaian untuk majlis perpisahan Timbalan Ketua Pengarah saya...Mohon izin tuan...:)
Sialakan Tuan Mohd Fazreen jika bersesuaian.
Alhamdulilah..,Terima kasih Tuan..:)
assalamualaikum tuan mohon share sajak diatas utk majlis persaraan guru besar saya ye...
Silan Encik Hasnul
Mohon izin utk guna majlis persaraan sekolah..
Izinkan saya guna untuk persaraan pengarah kami, KMPk...2016... tq ye
Silakan, jika sesuai.
Izinkan sy guna dan ubah suai untuk persaraan guru kami....
Silakan
Salam...indahnya puisi ini.
minta izin untuk dibaca di majlis persaraan pengetua.
baru baca dah bergenang air mata...
Silakan Pn Roslaini Saad jika bersesuaian
Mohon izin mengongsi sajak yg menyentuh sukma ini
Silakan Puan Noraini Mohd Zain jika bersesuaian
As salam, mohon izin menggunakan puisi ini untuk hari persaraan guru besar sekolah saya... terima kasih..
Sialakan Cikgu Norazmaiza
Assalamualaikum tuan, indah puisi tuan. Saya dengan rendah diri mohon izin untuk gunapakai puisi ini sempena pesaraan guru besar saya. Terima kasih.
Assalamu'alaikum
Mencari-cari puisi persaraan, terjumpa nukilan tuan. Izinkan saya gunakan untuk Majlis Persaraan Guru-guru SMK Iskandar Shah. Terima kasih.
Salam Tuan, mohon izin mendeklamasikan sajak ini sempena persaraan Guru Besar saya , terima kasih.
Silakan jika bersesuaian dengan majlis.
Salam tuan,
Mohon izin untuk menggunakan puisi indah ini semasa majlis persaraan guru di sekolah nanti
dengan sedikit perubahan.
Terima kasih
Cikgu ctah
Silakan Cikgu ctah
Dr. Ghaz, saya mohon izin untuk deklamasikan puisi ini untuk persaraan PkHEM saya ya.
Silakan Cikgu Siti Mariam. Mudah-mudahan bermanfaat.
assalam cikgu, mohon menggunakan puisi indah ini utk menghargai jasa seorang rakan sekerja hujung bulan ini....dengan meminda perkataan penolong kanan satu...teruskan memahat bait2 indah darimu
Silakan Encik Sofi sekiranya bersesuaian.
As Salam Cikgu Ghazali Lateh. Saya mohon untuk mendeklamasikan sajak ini di Majlis Persaraan saya di Kolej Vokasional Likas Kota Kinabalu pada 29 Jun 2018 ini. Bahasanya begitu puitis dan bersesuaian dengan jiwa seorang yang bergelar guru.Syukur dengan anugerah yang Allah berikan kpd cikgu untuk menulis sajak ini. Terima kasih. Datin Hjh Hasimah Abu Hassan.
27 Jun 2018
Wassalam Datin. Silakan guna sekiranya bersesuaian dengan majlis Datin.
Assalam Dr.Ghazali Lateh
Mohon halalkan perkongsian ini...utk buku program persaraan PPM sekolah sy...
Maaf sy edit sedikit utk kesesuaian. Tidak utk dideklamasikan...sekadar bahan bertulis shj. Sy suka gaya penulisan tuan....namun sy tak lupa utk menulis nama tuan sbg penulis asal. T.kasih tuan.
Silakan jika bersesuaian.
Assalamualaikum Dr. sangat terkesan puisi ini.Mohon dipetik sebaris dua untuk saya sampaikan di hari persaraan Tn Guru Besar saya nanti. Alhmdulillah. Ribuan terima kasih jika diizinkan.
Silakan Puan Hajah Komariyah. Siapa yang bersara?
assalamulaikum, mohon guna sajak dr untuk dimuatkan di dalam buku persaraan pengetua smk binjai, nanti saya masukkan nota kaki nama penulis.tq.
Silakan Puan Suaidah jika bersesuaian.
mintak izin ya tuan untuk ubahsuai sedikit sempena persaraan pensyarah. Anis dari IPGKBM.
Silakan Sdr Anis jika bersesuaian.
Salam dr, izinkan sy untuk gunakan puisi dr untuk persaraan pengetua saya. Cantik puisi ni.
Silakan Cikgu Aninasrul jika sesuai.
Masya Allah..hebat..!Mohon izin untuk saya ggunakan puisi ciptaan Tuan dalam Majlis Persaraan Di sekolah saya.
Silakan Tuan jika sesuai.
Assalamualaikum, saya mohon keizinan untuk mendeklamasikan puisi yang sungguh indah ini di majlis persaraan guru di sekolah saya ya. Terima kasih tuan kerana berkongsi, teruskan berkarya dengan karya-karya indah sebegini ya.
Assalamualaikum....
Sajak Yang mengusik jiwa Dan menyentuh kalbu..izinkan saya utk tambah sebaris dua bg ayat Dan ubahsuai utk dideklamasi semperna persaraan guru sekolah saya....
Semoga Allah memberi pahala yg berpanjangan utk tuan Dan diberi ilham utk terus berkarya...
Silakan Puan Fatimah dan Tuan RMD jika bersesuaian.
Mohon izin untuk guna dan ubah suai sempena majlis persaraan gb kami ya.
Silakan Asneh jika bersesuaian.
Nassmyn, pelajar tingkatan 6.
Assalamualaikum cikgu. Mohon untuk menggunakan puisi cikgu sewaktu majlis persaraan guru MUET saya ya cikgu Ghazali Lateh. Walaupun cikgu Ghazali dah benarkan, saya ingin juga smpaikan hasrat saya untuk menggunakan puisi ini. Terima kasih cikgu. Moga Cikgu Ghazali sentiasa berada dalam rahmat Allah.
Silakan Nassmyn jika bersesuaian.
NASSMYN...
TERIMA KASIH..
Assalamualaikum Dr. Moga Dr dilimpahi keberkatan sentiasa. Mohon izin restu Dr untuk saya gunakan puisi ini dan mungkin sedikit pengubahsuaian sesuai kehendak majlis. Kebenaran dan izin Dr sangat saya harapkan dan hargai.
Silakan Husni Yunus jika bersesuaian dengan majlis.
Assalamualaikum tuan,
Mohon share puisi ini untuk dibaca di majlis persaraan saya.
Wassalam, silakan Puan Maimunati jika bersesuaian.
اسلام عليكم .Saya Rozaida dari Mersing. Dr Ghazali, saya mohon guna sebahagian sajak ni untuk majlis persaraan rakan sepejabat saya ye. Terima kasih.
Wassalam Rozaida. Silakan jika bersesuaian.
Mohon izin untuk dibaca dalam majlis persaraan Saya
Silakan puan jika bersesusian.
Salam tuan
Mohon keizinan utk saya guna puisi puitis tuan utk Buku Program Persaraan 2 rakan guru kami..Moga Allah memberkati dan mepermudahkan segala urusan tuan..terima kasih
Salam. Silakan tuan awanama jika sesuai.
Assalamualaikum tuan. Mohon keizinan untuk saya guna puisi ini.
Wassalam Hafizah. Silakan jika bersesuaian.
Terima kasih Dr...
Sajak ini sangat menyentuh jiwa
Terima kasih kembali Sdr Nizhama.
ASSALAMUALAIKUM DR..mohon izin untuk guna kan puisi yang indah ini untuk persaraan pengetua saya..terima kasih
Silakan Tuan jika bersesuaian dengan majlis.
Assalamualaikum,
Mohon keizinan untuk menggunakan sebahagian sajak tuan untuk majlis persaraan Ketua Jabatan tempat saya bekerja.
Terima kasih.
Nik Rus Mazeni
Silakan Nik Rus Mazni jika sesuai.
Salam, Dr.
Mohon izin untuk gunakan sajak ini untuk majlis persaraan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah saya ya..
Terima kasih..
Shahril
Port Dickson
Salam Tuan Shahril, Silakan guna jika bersesuaian dengan majlis.
Salam. Saya pun berhajat nak guna sajak tuan juga ya...jzkk
Silakan tuan jika bersesuaian. Nangti berilah kredit kepada penulis ye.
Assalamualaikum,
Mohon keizinan untuk menggunakan sajak tuan untuk majlis persaraan Penolong Kanan di tempat saya bekerja.
Terima kasih.
Wassalam. Silakan Emi
Assalamualaikum. Mohon izin menggunakan sajak untuk majlis persaraan GPK Koko di sekolah saya. Semoga tuan dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki dunia akhirat.Terima kasih 😀
Assalamualaikum..Mendalam sekali kata2 dalam Sajak ini..hati Saya tersebut .enbacanya..terima kasih atas karya yang hebat ini..Saya Mohon izin gunakan Sajak ini utk majlis persaraan d sekolah sy..
Silakan jika bersesuaian.
Catat Ulasan