Jumaat, Jun 11, 2010

Rantau Abang

Salahkah aku jika...
aku ingin mencari penyumu
yang suatu ketika datang bertamu
di pantai terhampar
dihias suara laut mengegar.

Salahkah aku jika...
bertandang lagi untuk beberapa kali
ingin menikmati alam semula jadi
yang semakin sunyi
di sini.

Rantau Abang
namamu dulu megah
tempat penyu menyinggah
kini pantaimu gersang
dan malammu kontang.

Aku yang berkunjung lagi
melihat senjamu semakin sepi
dan malammu tanpa mimpi
mengulet diri.

Rantau Abang
kenangan di sini hilang seri
sehingga aku datang lagi
bilakah terjadi.

Rantau Abang,
11/6/2010 4.05 pagi.

1 ulasan:

ZULKIFLI berkata...

Salam, Syeikh;
Itulah cermin yang diperlihatkan oleh penyu. Apabila dirinya sentiasa dianiaya, mereka lari.

Kita telah lama dianiayai dan dibohongi, barangkali sebab itulah rakyat lari daripada kerajaan.

Raya 2024