Tiba jua di persimpangan ini,
Barulah kita tahu besarnya erti budi,
Makna jalinan kasih yang abadi,
Semarak mesra yang mercup dalam manis bicara,
Dan nilai setia semua yang ada,
Mengadun citra seanggun permata,
Terukir dalam jiwa bahagia.
Setia di sini untuk melengkapi waktu,
Menenun harapan dengan iltizam dan restu,
Tanpa curiga menusuk rasa,
Lantaran di sini semua saudara,
Penghibur duka pemulih lara,
Penyambung pesona ke usia bersara.
Budi segunung tercurah dalam rencana,
Bakal mengerdip sinar kemilau arca kencana,
Terhias di dinding minda, memarak asas wacana,
Meruap bangga memangkin kesima,
Melarik teladan ikutan bermakna.
Semarak rindu kami nanti,
Mengenang detik manis yang semakin sepi,
Hilang bicara mesra, lupus kiranya gurau senda,
Jarak dan ruang pasti semakin dirasa,
Justeru langkah dan arah kian berbeza.
Kasih ini tetap kukuh,
Terpahat dalam ingatan yang teguh,
Terbit dari ikatan ukhuwah yang ampuh,
Rindu nostalgia di sini berlabuh.
Setia budi semarak kasih,
Untukmu tuan insan terpilih,
Pergimu tuan bukan tersisih,
Budimu tuan di hati membenih.
Setia budi semarak kasih,
Tuan berangkat kami yang merintih.
Dr. Ghazali Lateh,
2/12/09Hotel Summit, USJ
Khamis, Januari 20, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024
Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta. Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel. Pada petangnya kami ke Thamrin City, ke...
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...
208 ulasan:
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 208 daripada 208Silakan jika bersesuaian. Jangan lupa beri kredit kepada penulis ye. Terima kasih.
Assalammualaikum, Sungguh indah puisi Dr. Mohon izin untuk menggunakan puisi isi (dengan olahan mengikut kesesuaian) untuk majlis persaraan Pengarah kami. Terima kasih.
Pn Fadhlina Ahmad, Kajang
Assalamualaikum Tuan, Saya mohon izin untuk menggunakan puisi ini untuk mendeklamasikan pada hari persaraan puan kami . Doakan saya dapat menghayati bait-puisi yang relay tuan coretkan ini. Terima kasih tuan.
Mohon izinkan saya ambil ye
Assalamualaikum tuan, saya memohon izin untuk mendeklamasikan sajak tuan sempena majlis persaraan di jabatan saya. Terima kasih tuan.
Mohon izin Dr Ghazali untuk saya gunakan puisi indah ini sempena persaraan tuan pengarah kami.
Mohon izin Dr Ghazali untuk gunakan puisi ini bagi meraikan persaraan rakat sepejabat saya
Salam Tuan, mohon halalkan saya gunakan beberapa rangkap dan diolah sedikit mengikut kesesuaian (dikredit nama penulis) untuk perpisahan staf di pejabat saya. Puisi ini sangat indah! Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure
Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure
Catat Ulasan