Jumaat, Mac 11, 2011

Tsunami

Genta ketakutan gemerincing
segenap ruang jadi sesak
dengan nafas-nafas yang bakal hilang
sekelip mata.

Tsunami itu khiamat kecil
yang menampakkan taring
pada juring hayat yang sementara
ke mana kamu mahu berlari
pabila Tuhan menghantar tanda
semuanya terjaga
mengepung denyut nadi
yang ngeri.

Padam segala cahaya
dan angin seperti terhenti
mahupun gegar masih terasa di kaki
barangkali mahu sahaja
menyeru nama-Nya
untuk sekian kalinya
sebelum bumi terbelah dua
dan menarik kita semua
ke sana.

Dangau Marhaean
11/3/2011

1 ulasan:

Zawawi Aziz berkata...

Salam puisi. 'Talkin' sering dikaitkan untuk didengari insan yang masih bernafas, mungkin tsunami jua demikian ?

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...