Selasa, November 08, 2011

Sg Klah


Haba meruap dari perut bumi
merengsa ari-ari
dan mendesak denyut nadi
maka datang bertandang melihat kudrat Ilahi
merendam kaki
membasah diri
sepanjang hari.

Sg Klah
kau adalah anugerah
betapa bumimu indah dan megah
asap dan hangat bagai tergubah
dalam jambangan madah
menentang lumrah.

Sebentar singgah melepas lelah
aku tahu hidupmu bakal meriah
membuang gundah
anak-anakmu yang pasrah
saling membuka langkah
ke medan gagah.

Sg. Klah Hotspring,
Sungkai
7/11/11

2 ulasan:

MARSLI N.O berkata...

Sdr Ghazali Lateh: Cantik tempatnya. Ingin juga ke sana.

Ghazali Lateh berkata...

Cantik, tapi jangan pergi masa cuti, ramai sangat manusia. Khabarnya sasterawan Perak Ramli Daud tinggal dekat situ.

Travelog Seoul Korea 2017

Tanpa banyak persediaan, saya membuat keputusan untuk melancong ke Seoul. Saya terbang ke Seoul pada 28 Ogos, dengan Air Asia.   Kami tiba ...