Rabu, Ogos 29, 2007

Ceramah akan datang

Besok aku akan menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan karangan bagi murid-murid SMK Telok Datok. Aku sudah menyampaikan ceramah di beberapa buah sekolah lain. Kini masanya aku ingin mencurahkan ilmu kepada anak-anak didikku sendiri. Akan tetapi mereka bukanlah murid yang kuajar kerana buat masa ini aku mengajar di tingkatan 6 bawah.
Pada 5 September, aku akan menyampaikan ceramah kepada guru-guru Bahasa Melayu daerah Petaling Perdana di Kelab Shah Alam. Mudah-mudahan sesi ceramah tersebut akan sukses dan memberikan pengalaman kepada rakan-rakan guru yang lain.
Hari Jumaat nanti aku akan balik ke kampung kerana sudah 2 bulan lebih aku tidak menjenguk kampung lantaran kesibukan tugas dan kerja-kerja penulisan.

2 ulasan:

Kamal berkata...

Assalammualikum w.b.t,

Tuan Ghazali, saya terjumpa blog ini semasa merayau.

Saya suka sekali membacanya dan segala pengalaman yang ada.

Salam perkenalan.

Kamal
Cyberjaya

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Sdr Kamal,
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Singgahlah selalu dan tinggalkanlah komen-komen yang membina.
Selamat berkenalan.
Dr. Ghazali Lateh.
Banting.

Travelog Seoul Korea 2017

Tanpa banyak persediaan, saya membuat keputusan untuk melancong ke Seoul. Saya terbang ke Seoul pada 28 Ogos, dengan Air Asia.   Kami tiba ...