Rabu, April 28, 2010

Salah siapa?

Tragedi remaja maut akibat ditembak oleh polis mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Sebagai manusia kita amat bersimpati dengan kematian yang tragis itu. Namun, tindakan menuding jari pada pihak polis juga tidak harus dilakukan secara membuta tuli. Memang polis mempunyai alternatif lain untuk bertindak. Dalam kes ini, saya rasa kita tidak wajar menyalahkan polis secara tuntas.
Ibu bapa mangsa wajar mempertikaikan tindakan ini kerana memang ahli keluarga mereka yang terlibat. Persoalannya sekarang bagaimana remaja berusia 15 tahun, memandu kereta, pada waktu tengah malam menjelang pagi. Apakah tindakan arwah itu tidak diketahui oleh warisnya? Wajarkah seorang remaja dibenarkan memandu oleh penjaganya? Wajarkah remaja berkenaan bertindak agresif semata-mata tidak mahu ditahan oleh polis? Adakah faktor lain yang menyebabkan perkara itu berlaku?
Apa-apapun, saya lihat sudah banyak pihak yang mengambil kesempatan dalam kes ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan parti-parti siasah tampil untuk menjadi juara dalam kes-kes seperti ini. Akan tetapi bagi saya, menyalahkan pihak polis tanpa usul periksa bukanlah tindakan yang bijak. Tindakan ini akan menjatuhkan moral pasukan polis untuk menjalankan tanggungjawab. Sebagai kakitangan awam, saya berpendapat tindakan pihak polis tersebut perlu dipertahankan oleh pihak kerajaan.
p/s hanya pandangan peribadi saya. Apakah pula pandangan tuan-tuan?

2 ulasan:

leya_zaini berkata...

salam cikgu. from one point of view... i do agree with you. same case with kugan... everybody put d blame on police without thinking what he did. kalau nak simpati pun biar bertempat... takkan penjenayah pun kita nak bagi muka. dalam kes ni plak sy tak pasti apa yg sebenar2nya berlaku. need to find out d actual thing that happen... but teens nowadays... u never know their true color

HBM Consultant berkata...

Salam, cikgu.
Saya sependapat dengan cikgu, tetapi bukanlah bererti saya seorang yang tidak memahami hati seorang ibu. Saya tetap bersimpati dan berdoa semoga saya sekeluarga dijauhkan daripada kejadian sebegini.

Secara logiknya, sesiapa pun pasti tidak akan terfikir pemandu kereta itu adalah pelajar berusia 15 tahun kerana kejadian berlaku selepas tengah malam dan pemanduan berlaku dalam keadaan mencurigakan (laju). Kalau saya sebagai polis, mungkin saya pun akan melepaskan tembakan amaran (bukan tembak orang la, tembak tayar atau tembak ke atas sahaja).

Saya berpendapat, ibu bapa dan pelajar itu sendiri turut bersalah. Pelajar itu adalah penjenayah juvana kerana memandu tanpa lesen, melanggar kenderaan orang lain dan memandu laju (pasti sudah melebihi had laju kebangsaan).

Apa pun, saya tetap bersimpati kepada keluarganya.

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

  Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.   Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.   Pada petangnya kami   ke Thamrin City, ke...