Isnin, Jun 27, 2011

Iblis dalam Taman

Apakah lagi yang mereka mahukan
mendesak dan menggugah kesejahteraan
atas nama kebebasan
atas retorik keadilan.

Susah benarkah hidup mereka
sehingga tidak punya apa-apa
kebuluran sudah semua tetangga
melarat sudah semua warga
sedangkan mereka hidup selesa
dengan segala kemewahan dunia.

Mengapa tiba-tiba semuanya menjadi bodoh
semuanya yang hebat menjadi hodoh
segalanya yang alim menjadi jahil
segenap yang pemurah menjadi bakhil.

Aku mula memandang mereka
seperti babi hutan bertaring dua
mahu menyondol ke semua hala
menyedut lumpur dan najis bersama.

Aku semakin benci dengan keadaan
manusia yang tidak ada kewarasan
ingin menjadi babi hutan di jalanan
mahu menjadi iblis di dalam taman.

Dangau Marhaen,
27/6/2011

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HARSH!

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...