Ahad, Ogos 21, 2011

Lebaran

Lebaran mula menampakkan senyuman,
orang bersesak membeli pakaian,
seperti semuanya perlu baharu,
kalau gagal persis semuanya buntu. 

Lebaran ibarat tarikh lupus,  
belanjalah hingga habis semuanya,
kerana wang boleh dicari,
lebaran hanya setahun sekali.  

Beginilah lumrahnya,
orang kita dengan tabiatnya,
aidilfitri bukan lagi detik menginsafi,
tetapi musim melambung diri,
ke puncak emosi. 

Bukit Tinggi,
Klang,  20/8/2011

Tiada ulasan:

Travelog Aceh Februari 2025

  Baru-baru ini isteri saya mendapat hadiah cabutan bertuah berupa tiket penerbangan ke Aceh.   Kami berangkat pada 21 Februari.   Kami maka...