Khamis, Julai 19, 2007

Tentang Ceramah dan Seminar

Bersama-sama Aminhad di Tanjung Piai, selepas menjamu selera di restoran yang menganjur ke laut.
(i)

Sudah lama tidak mengemas kini blog ini. Sibuk atau tidak ada apa-apa yang ingin dimasukkan. Perkembangan terkini, aku akan membentangkan kertas kerja dalam Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di UPSI, 29 Julai nanti. Esok aku akan memberikan ceramah teknik menulis karangan di MES. Kemudian esok juga ada mesyuarat peningkatan prestasi Bahasa Malaysia daerah. Sabtu akan akan membimbing calon-calon peperiksaan di SMK Pulau Carey, Kuala Langat.


Rasa-rasanya masa inilah aku dapat menyebarkan sedikit pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penulisan karangan.


(ii)

Fikiran agak terganggu apabila berkunjung ke klinik. Tekanan darahku agak tinggi dan memerlukan aku menjaga pemakanan. Nampaknya setelah kembali bertugas, pemakananku agak tidak keruan lagi. Semasa bercuti belajar selama tiga tahun 2004-2006, aku berdisiplin menjaga pemakanan dan riadah. Hasilnya berat badanku berkurang hampir lima kg. Kini aku sudah tidak mempedulikan lagi pemakanan dan riadah. Saban hari menghadap komputer untuk mengejar deadline. Penerbit sering bertanya bahan-bahan untuk diterbitkan. Mahu tidak mahu aku bersengkang mata untuk menyelesaikan segala tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan. Sesekali apabila aku terlalu mementingkan pemakanan dan riadah, terdetik pula persoalan, adakah manusia kini (dan aku) mula takut dengan kematian? Wallahualam.


(iii)

Barangkali Amin sudah mengemas kini blognya. Lama sudah tidak ke sana.

2 ulasan:

sham al-Johori berkata...

wah, hebat sungguh cerita kisah gagak dan merpati tu. Apa2pun kita jumpa di seremban nanti. salam rindu.

Tanpa Nama berkata...

Hebat dalam blog sahaja. Tak berani terbang jauh. Jumpa nanti. Semalam saya tanya Ariff sama dia pergi atau tidak ke Seremban. Katanya susah nak keluar sekarang. Jumpa nanti.

Ghazali Lateh

Ulang tahun Perkahwinan