Rabu, Jun 18, 2008

Berita Baik hari ini.

Kehidupan ini tidak ubah seperti memandu memasuki terowong yang belum pasti penghujunganya. Gambar ini kuambil semasa melalui Lebuh Raya Timur Barat dalam perjalanan ke Kelantan dua minggu yang lalu.

Hari ini aku mendapat beberapa berita baik. Berita ini bakal mengubah rutin, status, dan pendapatan hidupku. Belum bersedia aku untuk memberitahu berita ini. InsyaAllah, jika tiba masanya akan kukhabarkan juga. Terlalu awal untuk kekongsikan perkhabaran ini, lantaran aku tidak mahu terlalu teruja dengannya.

2 ulasan:

Green berkata...

Syabas cikgu tentang berita baik yang didapati. Sudah lama tak jumpa cikgu, haraplah cikgu sentiasa baik dan sihat^^.

Che Yung Xuen

Tanpa Nama berkata...

Hi Yung Xuen,
Apa khabar sekarang? Belajar di mana? Seronok bila bekas murid menghubungi saya. Best of luck dan kirim my regards to your father as well.

Cikgu Ghazali

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...