Selasa, Mac 31, 2009

Tersesat Di Rimba Perasaan






Walau berkali-kali diingatkan, adakalanya aku tersesat juga di rimba perasaan. Dengan hati gundah, kuredahkan juga rimbunan durja yang melendut dari dahan-dahan kasmaran yang semakin renta dimamah sengsara, mencari manik-manik peristiwa yang terurai dan hilang di tanah tandus dilitupi dedaunan kenangan yang gugur. Aku tega tersandung banir-banir harapan yang menjangkar, rebah dan menangisi kengiluan luka, tanpa darah merah membasahi ruang mimpi. Dan rimba perasaan ini adakalanya terlalu mengerikan, apatah lagi ketika kusedari bahawa hidup ini tidak seindah pelangi dan keluk diri semakin merunduk, menanti detik untuk menyerahkan piala yanng kumenangi dengan anugerah-Nya. Ketika terbangun dari kesima mimpi, kusedari bahawa aku harus bersyukur dan semua yang kumiliki.



Berbekalkan peta usia yang semakin kusam, kujejaki denai waktu yang kabur. Untuk kembali ke pangkal diri, menginsafi segala yang misteri dan hakiki.

Teratakku, menjadi lambang perjuangan yang tidak pernah mengerti erti putus asa

8 ulasan:

erlyda berkata...

klau balik Banting ada jugak jalan² kat area umah cikgu tu..wahhh cantik! ;D

Ghazali Lateh berkata...

Erlyda,
Kenapa tak singgah. Ajakla suami singgah. Boleh kita cerita-cerita. Dalam dua bulan yang lalu, Shazleen, dan beberapa bekas murid SMKTD datang ke rumah saya. Banyak cerita nak kongsi... Anyway, mengingati saya pun saya dah appreciate sangat.

Marniyati berkata...

Wah, cantiknya rumah cikgu. Lama betul saya tidak ke Banting. Sejak tamat sekolah dulu, boleh dikira dengan jari berapa kali saya ke sana. Bila emak dah bersara, lagiiii la tak jejak kaki ke sana. Hehehe..

Insyaallah, satu hari nanti saya akan sampai juga ke rumah cikgu.

Tanpa Nama berkata...

Emon- rumah cikgu kat mana? saya tak tahu la.emmm...cikgu...saya nak...layanan kelas pertama kalau saya datang umah cikgu hahaha...

Tanpa Nama berkata...

emon- cikgu trima kasih banyak, cikgu,saya dah lupa lah ape nak cakap lah...hahh! emmm..saya memang banyak terima cabaran...saya akan berusaha menjadi org yang kuat...cikgu dan ghazali kene sokong saya. doakan kejayaan stpm kami.kami sayang cikgu. selamat hari guru....enter eh...

Ghazali Lateh berkata...

Marni,
Kalau ada masa dtglah ke Banting, singgahlah rumah saya. Pintu saya sentiasa terbuka.

Emon, layanan kelas pertama tu kena tempah tiket lebih awal. Walau bagaimanapun, sentiasalah berfikiran positif.

Ghazali Lateh berkata...

Marni,
Kalau ada masa dtglah ke Banting, singgahlah rumah saya. Pintu saya sentiasa terbuka.

Emon, layanan kelas pertama tu kena tempah tiket lebih awal. Walau bagaimanapun, sentiasalah berfikiran positif.

Ghazali Lateh berkata...

Marni,
Kalau ada masa dtglah ke Banting, singgahlah rumah saya. Pintu saya sentiasa terbuka.

Emon, layanan kelas pertama tu kena tempah tiket lebih awal. Walau bagaimanapun, sentiasalah berfikiran positif.

Travelog Seoul Korea 2017

Tanpa banyak persediaan, saya membuat keputusan untuk melancong ke Seoul. Saya terbang ke Seoul pada 28 Ogos, dengan Air Asia.   Kami tiba ...