Selasa, Jun 02, 2009

Kesusasteraan Melayu sebagai subjek teras?

Kita masih berteka-teki dengan subjek-subjek yang akan dipilih sebagai subjek teras bagi calon-calon SPM. Kalau 4 sahaja subjek teras, banyaklah kekurangan dalam sistem pendidikan kita. Dalam hal ini, KPM ingin memperkasakan jati diri remaja. Oleh yang demikian subjek yang dalam menyemai nilai keperkasaan jati diri remaja, salah satunya ialah Kesusasteraan Melayu. Namun, mustahil mata pelajaran ini akan dijadikan teras, kerana dalam keadaan sekarang Sastera Melayu tidak ubah hidup segan mati tak mahu. di sekolah bilangan murid yang mengambil mata pelajaran ini dapat dibilang dengan jari sebelah tangan sahaja.
Apa kata pihak-pihak yang berkaitan melobi kerajaan untuk menjadikan sastera sebagai mata pelajaran teras, seperti MIC telah menyuarakan kebimbangan subjek sastera Tamil terpinggir dalam polisi baharu ini. Saya cadangkan Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Agama Islam, dan Pendidikan Moral dijadikan subjek teras. Pendidikan Moral pula hendaklah disatu dengan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Wujudkan juga subjek subteras, iaitu Sejarah @ Kenegaraan, Sains, Matematik sebagai menyokong subjek teras.
Kombinasi mata pelajaran yang perlu diambil mesti ada 4 teras, 4 subteras, dan 2 elektif.

Tiada ulasan:

Raya 2024