Isnin, Jun 01, 2009

Pulut Durian

Saya di Kedah. Kebetulan di depan rumah orang tua saya ada pasar malam. Ketika berjunjung ke pasar malam saya terjumpa makanan ini, iaitu pulut durian. Bagi orang Kedah, puluh durian merupakan makanan istimewa yang ada pada musim durian sahaja. Dulu-dulu masa saya kecil, apabila tiba musim durian, ibu saya akan kukus pulut. Pulut akan digaul dengan durian dan dilembutkan dengan santan yang dicampurkan dengan sedikit garam. Wah.. enaknya.

Namun, bagi orang yang tak biasa makan, mungkin susah sikit nak biasakan diri. Pulut juga dimakan dengan buah mangga. Datanglah ke Kedah untuk makan pulut durian. Pulut mangga pula lebih terkenal di Perlis.

3 ulasan:

Sathes Kumar berkata...

pulut durian? sedap ker? x pernah cuba... abg ghazali... bila nak follow saya ini?

mai berkata...

uihh.. sedap nampaknya pulut durian tu.. di mana boleh dptnya... di restoren umi ada jg... tp pulut n kuah durian...

erlyda berkata...

yess memang sedap..saya pernah makan pulut durian ni kat umah mertua..mula² macam pelik tapi bila dah makann sedapp ;D

Travelog Seoul Korea 2017

Tanpa banyak persediaan, saya membuat keputusan untuk melancong ke Seoul. Saya terbang ke Seoul pada 28 Ogos, dengan Air Asia.   Kami tiba ...