Sabtu, Mei 30, 2009

10 mata pelajaran untuk SPM

Apabila calon SPM dihadkan untuk mengambil 10 mata pelajaran sahaja, terdapat pelbagai andaian yang muncul kerana belum ada penjelasan yang tetap tentang perkara ini. Dengan pengurangan mata pelajaran teras, bilangan mp elektif semakin bertambah. Nampaknya penambahan mp elektif akan mendatangkan pelbagai masalah yang lain.
Jika banyak mp elektif dibenarkan, maka calon akan membuat kombinasi elektif yang pelbagai kerana mereka bebas memilih mp tersebut. Hal ini akan menyukarkan pihak sekolah dan kemungkinan masalah kekurangan guru akan terjadi. Penyusunan jadual waktu juga bakal terjejas kerana terlalu banyak mp elektif maksudnya pihak sekolah perlu menyusun kombinasi mp dan juga jadual waktu.
Selain itu, mp teras yang dikurangkan akan menjejaskan syarat persijilan. Jika enam mp dijadikan teras, sekurang-kurangnya KPM dapat menetapkan pencapaian minimum untuk diberikan sijil. Kini barangkali dengan hanya TIGA mp, seseorang itu dianggap telah lulus dalam SPM. Secara tidak langsung nilai sijil SPM sudah jatuh dan tidak dapat digunakan sebagai syarat kelulusan minimum untuk sesuatu tujuan, sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau memohon pekerjaan.
Pandangan ini hanyalah pandangan peribadi saya. Apakah pandangan tuan-tuan?

2 ulasan:

Marniyati berkata...

Salam,

Saya masih belum jelas dengan ketetapan baru oleh KPM. 10 mata pelajaran sahaja yang dibenarkan untuk calon SPM. Namun sebarang perincian lain, masih samar-samar. Mungkin kerana saya tidak berada 'dalam' dunia sekolah. Selepas saya mendapat perinciannya, nanti saya berikan pendapat di sini, Insya-allah.

Marniyati berkata...

Salam.

Saya meramalkan mata pelajaran Sejarah dan agama akan terkeluar dari senarai mata pelajaran teras. Tidak mungkin sains dan matematik akan terkeluar pada ketika isu ppsmi sedang hangat dibicarakan lebih-lebih lagi jika KPM mahu mengekalkan ppsmi.

Jika ramalan saya benar, akan bertambahlah generasi yang buta sejarah dan buta agama. Nauzubillah.

Satu dilema juga kepada pihak pentadbiran sekolah untuk mewujudkan kelas dengan pelbagai kombinasi pilihan mata pelajaran, kecuali jika pihak sekolah menggunakan kuasa veto mewajibkan pelajar mengambil mata pelajaran tertentu sahaja.

Apa pun situasinya, beban tetap terhumban di bahu para guru. Kasihan guru-guru kita!

Ulang tahun Perkahwinan