
Setelah hampir setahun menanti, akhirnya bangunan lama yang menempatkan bilik guru SMK Telok Datok dirobohkan. Tujuannya untuk membolehkan sebuah bangunan baharu empat tingkat didirikan. Keadaan di sekitar sekolah agar tidak teratur. Murid tingkatan 6 Bawah pula baru sahaja mendaftarkan diri. Habuk dan debu beterbangan. Bekalan elektrik asyik terputus. Keadaan ini merupakan cabaran bagi warga pendidik di sekolah ini. Keadaan ini merupakan cabaran-cabaran yang terpaksa kami dihadapi oleh warga pendidik. Akan tetapi bagi pendidik yang berjiwa besar, cabaran ini tidak akan mematahkan semangat untuk menyampaikan pendidikan ke arah pembentukan modal insan pada masa akan datang.



12 Mei, 2009 12:20
Wah..dah runtuh yer..dah lama tak menjejakan kaki ker sekolah tu..rindu rasanya
12 Mei, 2009 12:40
Erlyda, kalau balik Banting singgahlah di sekolah lama ni. Tapi ramai guru masa 2000 - 2003 dulu dah tak ada, dah pindah.
13 Mei, 2009 09:18
Waaah, bakal dapat bangunan baru. Err, pembinaan bangunan baru tu nanti tidak mengganggu proses p&p ke, cikgu? Tentu bingit jadinya.
14 Mei, 2009 00:10
Bilalah SK Sg Buaya nak dapat bangunan baru....
14 Mei, 2009 09:24
Berapa lama lagi la nak siap ye...bila jengkaut lalu kat koperasi ni macam ada gegaran gempa bumi berskala besar...takuuutttt
23 Mei, 2009 16:18
Yang tersirat ialah....
Sesuatu yang tegak kukuh bertahun-tahun boleh runtuh dalam masa yang singkat