Sabtu, Jun 20, 2009

Di Istana Budaya untuk HSKU 2008

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr Fuad Zarhashi


Bersama-sama penulis-penulis tersohor tanah air, dari kiri Malilm Ghozali PK, SM Zakir, Lutfi Ishak.

Bersama-sama isteri di pintu Panggung Sari.

Malam tadi 19 Jun 2009, saya ke Istana Budaya untuk majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. Saya amat teruja dengan majlis tersebut. Selain mendapat hadiah penghargaan, saya berpeluang berjumpa dengan penulis-penulis tersohor tanah air.

Majlis tersebut juga merupakan majlis penyampaian hadiah sastera yang sangat berprestij. Tahniah Utusan Melayu. Acara selingan merupakan sedutan daripada teater Mana Setangginya yang sedang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya. Hebat...
Majlis ini juga dimeriahkan dengan persembahahan Anuar Zain dan Misha Omar. Sesungguhnya hadiah sastera ini akan mendorong saya untuk lebih giat berkarya.

3 ulasan:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Tahniah Pak Ghazali,
Salam ziarah. Seronok berkenalan dengan Pak Ghazali yang muda usia dan karya!

Ghazali Lateh berkata...

Salam Ustaz, terima kasih kerana berkunjung. Tahniah untuk Tuan atas kejayaan. Teruskan berkarya. Saya sudah melewati zaman sebenarnya, menulis hanya untuk memenuhi masa lapang. Senang juga berkenalan dengan Tuan. Terima kasih.

Kak Long Comel berkata...

Tahniah cikgu untuk HSKU 2008! Teruskan berkarya.

Travelog Seoul Korea 2017

Tanpa banyak persediaan, saya membuat keputusan untuk melancong ke Seoul. Saya terbang ke Seoul pada 28 Ogos, dengan Air Asia.   Kami tiba ...