Ahad, November 08, 2009

Antologi Anak Global


Antologi Anak Global merupakan antologi karya yang menjadi teks mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Elektif bermula tahun 2010. Sebanyak 24 buah sajak, 8 buah cerpen, dan 3 buah drama dimuatkan dalam Anak Global. Dalam antologi ini juga terdapat dua buah karya saya iaitu sebuah cerpen yang bertajuk Anak-anak Pejuang dan sebuah sajak yang bertajuk Sebuah Pesanan. Sekarang saya sedang membuat ulasan tentang karya-karya dalam antologi ini. Diam tak diam, apabila saya jumlahkan semua, tahun depan saya menghasilkan 12 judul buku untuk pasaran.

3 ulasan:

Nita Hanita berkata...

catatan cikgu menjawab pertanyaan saya tentang teks sastera yang akan saya ajar tahun depan. saya pernah hadir taklimat cikgu anjuran BM Petaling Perdana tahun lepas.

Ghazali Din berkata...

Salam Cikgu,
Dikatakan sajak saya ada dalam antologi Aku Anak Global. Saya belum baca buku ini cikgu. Mana boleh dapat.Tahniah ada cerpen dan sajak terpilih.: Ihsan Noorzali

Tanpa Nama berkata...

saya student aliran sastera .. bagi saya buku Anak Global nieyh memang menarik .. tambah tambah lagi .. buku Dari Lembah ke Puncak .. ceritanya sangat menarik .. memang x jemu membacanya ..

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...