Jumaat, Januari 09, 2009

Terkulai

Terkulai anak-anak bermata biru,
di atas aspal merah,
nyaring suara ngeri dari setiap jiwa
takut dan amarah berbaur
menjadi perjuangan yang tidak pernah selesai
panjang dan sengsara
di bumi yang hilang kemanusiaan.

Tangisan mana ada maknanya
tanyalah!
pembela tidak lagi ada
untuk bergantung harap
kerana mereka juga dicengkam dendam
wibawa padam
hitam.

Palestin adalah sejarah sepanjang zaman
yang hitam dan merah
tidak pernah berhenti larian tinta
mencatat wacana dukalara
dalam tamadun manusia.

Aku bukan demonstran,
yang melaungkan kemarahan di jalanan
kerana suara mereka mati dibawa pawana
sirna.

Terkulai di sana
terkulai di mana-mana...

1 ulasan:

DI KULIT BUMI KARYA-MU berkata...

Salam,
Palestin telah hancur
dan musnah oleh Israel
yg ganas dan sadis!
Israel lebihkan nafsu
daripada kemanusiaan.
Impian bahagia telah berkecai
di bumi Palestin
Tidak ada bahagia di mana-
mana sela udaranya
Selawat dan al-fatehah
buat syuhadah yg ditumpahkan
darah....

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...