Selasa, Julai 14, 2009

Pemikiran yang Subjektif

Kehidupan ini selalunya dinilai secara subjektif dan relatif. Jika sesuatu itu dianggap baik bagi seseorang, barangkali tidak baik bagi orang lain. Barangkali sesuatu yang susah bagi seseorang, tidak begitu susah bagi orang lain. Banyak yang bertanya alasan yang masih bertugas di sekolah, sedangkan saya sepatutnya bertugas di IPG, kementerian, jabatan, dan sebagainya. Barangkali hal itu sangat relevan dengan saya sekarang. Akan tetapi bagi saya, saya ada alasan tersendiri untuk terus bertugas di sekolah.
Alasan yang pertama saya memang suka mengajar. Apabila saya mengajar saya telah berkongsi ilmu dengan anak-anak didik saya. Jika saya bertugas di tempat lain, barangkali ilmu saya tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Namun bagi orang lain, tindakan saya salah. Lagipun saya berasa senang dengan kehidupan sekarang, saya berasa selesa, mengajar, menulis, berceramah, dan berkarya. Barangkali dari sudut ekonomi keadaan sekarang lebih baik daripada saya keluar bertugas di tempat lain.
Walau apa-apapun, saya berasa sudah berada di kemuncak kehidupan. Maha besar Tuhan yang melimpahkan kurnia-Nya.

1 ulasan:

ZULKIFLI berkata...

Salam, Pak Syekh;

Saya baru berblog. Kunjungilah SigapSiaga.blogspot.com. Sama-samalah kita berkongsi pandangan dan pendirian. Saya dah jadikan Blog Pak Syekh sebagai blog yang nak di"follow".

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...