Selasa, Ogos 11, 2009

Kemungkinan

Penularan selesema babi sekarang menjadikan semua orang panik. Saya membaca blog perigibute.blogspot.com dan beliau mencatatkan bahawa perkara ini merupakan satu bentuk senjata biologi yang sengaja dicipta dan disebarkan di negara-negara tertentu. Apabila saya fikir balik, teori ini mungkin ada kebenarannya. Ketika negara lain mencacatkan penurunan kes serangan penyakit ini, negara kita pula yang mendadak bilangannya. Dan yang agak aneh, kebanyakan mangsa ialah orang MELAYU. Apa pandangan anda?

3 ulasan:

rakuten98le berkata...

Bagi saya, agak mendadak...
Mula-mula di Mexico, dan menular sampai ke Malaysia kini.
Banyak sekolah yang turut ditutup di Malacca.
Agaknya bila wabak ini akan benhenti membahayakan manusia...

rakuten98le berkata...

Ya cikgu... Selain itu saya juga ada pertanyaan di sini.
Saya membaca "Kepahlawanan Tun Beraim Bapa" tempoh hari dan terbaca beberepa kata-kata yang pelik. Saya tanya cikgu-cikgu sekalian yang mengajar BM di sekolah saya tetapi jawapan mereka pula ialah 'tidak tahu'.
Seorang daripadanya tidak tahu maksudnya tetapi dia kata itu Bahasa Pasai.
Berikutnya merupakan perkataan-perkataan tersebut.
(Muka surat berdasarkan Antologi kerusi Ting 5)


m/s 40, 6 baris dari bawah: s.ng.k.n.k.s.

m/s 41 : P.r.a.s.i k.l.k.

m/s 44 : d.l.kh.n.a

Saya juga berasa pelik kenapa tiada orang yang ingin tahu maksud kata-kata tersebut.

Ghazali Lateh berkata...

Sebenarnya, cerita tersebut diadaptasikan daripada versi tulisab Jawi. Oleh sebab tulisan tidak jelas, maka pengalih teks hanya memasukkan abjad-abjad yang diambil daripada tulisan Jawi. Yang pertama itu barangkali huruf sin, nga, kaf, nun, kaf, sin. Bunyinya tidak begitu pasti kerana ejaan jawi dahulu tidak ada huruf vokal. Yang kedua pula pa, ra, sin, ya, kaf, lam, kaf. dan yang ketiga dal lam khaf, nun, alif. Wallahua'alam.

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...