Ahad, September 13, 2009

Ke Alamanda, Putrajaya

Salah sebuah jambatan di Putrajaya
Pemandangan di luar Masjid Besi, Putrajaya
Beriani ayam di Gedung Jati Rumah Hijau, Dengkil RM10.00
Petang tadi saya ke Alamanda Putrajaya. Pengunjung di Alamanda sangat ramai. Penuh sesak. Niatnya nak beli baju Melayu kat butik di Alamanda. Sebaliknya lain pula yang dibeli. Sedar-sedar dah 6.30 petang. Cari tempat nak berbuka puasa, semuanya penuh dengan pengunjung. Seawal jam 6.30 itu pelanggan sudah bersedia di meja dengan minuman dan makanan sudah tersedia di atas meja. Mahu tidak mahu terpaksa saya ke Precint 8. Malangnya makanan sudah habis. Jadi terpaksa berbuka dengan minuman sahaja.

Kemudian ke Masjid Besi sebelum balik dan singgah makan di Gerai Beriani di Gedung Jati Rumah Hijau di Dengkil.

1 ulasan:

ekspresi berkata...

salam tuan,
saya pernah berbuka atas tangga di alamanda. memang sesak. tapi vew cantik nampak masjid dll.
selamat hari raya. maaf zahir batin. ada masa kita berjumpa.

Raya 2024