Khamis, Oktober 15, 2009

Keris


Tiba-tiba sahaja kita menjadi takut
untuk menghunus keris di pinggang
dan musuh pun mengintai, menjeling,
kini menjegilkan mata,
kita menjadi tersipu malu,
kerana keris itu tidak lagi,
mampu membunuh keegoan,
dan menggertak ancaman.

Pahlawan-pahlawan kita,
menjadi terlalu mesra dengan musuh,
yang tidak pernah tunduk sedikitpun,
walaupun madu kata-kata,
menyira sandiwara,
untuk menyelinap ke denyut atma,
mematahkan kesima.

Keris kita itu,
tidak lagi melindungi diri,
sebaliknya menjadi mimpi ngeri,
pahlawan-pahlawan kembiri,
kehilangan harga diri.

Hunuskan kembali keris warisan,
kerana keris lambang kebesaran,
kenapa takut dengan ugutan,
sedangkan kita sebenarnya tuan,
dan mereka hanya eceran.

2 ulasan:

Rafi berkata...

benar...andai bangsa semakin alpa terlena dalam riba mewah,perlena di pelukan fatamorgana ego,pasti bangsa akan layu dan sang gejolak menjengah dengan madah manis menggoncang bulat sepakat bangsa yang kian terungkai...

lutfi berkata...

Hehe, mati pucuk kot.

Raya 2024