Jumaat, Ogos 06, 2010

Indah

Bahagia itu indah
kerana manusia memburu sejahtera
dan menggubahnya dengan kata-kata
supaya indah dibicara
indah di pandangan mata.

Derita itu indah
kerana manusia sering menggubah derita
dalam bait-bait sukma
pengalaman derita bermakna
memcorak pelbagai rona
di kanvas maya.

Kecewa itu indah
kerana kita sering mencuba
mengatasi segala pancaroba
tiba waktu kecewa sirna
gelap pun dilimpahi cahaya
penyuluh jiwa.

Masalah itu indah
kerana hidup ini bagai carta
berkeluk tanda turun naiknya
ketika terlerai gejala
kita tersenyum lega
sesekali bangga.

Sakit itu indah
kerana banyak yang kita rasa
berputik insaf besar makna sejahtera
yang terabai sepanjang masa
tersisa.

Sepi itu indah
kerana kita sentiasa berasa
untuk merenung ke dasar jiwa
menilai segala yang terlupa
mengabai waktu-waktu bermakna
sehingga terlerai gelora
di ufuk rasa.

Hidup ini indah
jika kita sentiasa melangkah
menikmati anugerah
dengan hati yang pasrah

3 ulasan:

Sufi berkata...

salaam...saya merasakan cikgu betul-betul pakar puisi. sedang saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesebuah puisi, cikgu sudah melahirkan banyak puisi. andai ianya siap sedikit awal, puisi saya tidak kuat- mohon ulasan dan bimbingan cikgu pada puisi saya di blog.

Ghazali Lateh berkata...

Ghazali, puisi saya kebanyakannya spontan. Saya sering hanyut ketika menulis puisi dan kata-kata lahir bagai arus ilham. Tapi biasanya puisi yang saya buat spontan tidak mantap. Saya hanya mencatat perasaan melalui kata-kata seadanya.

Tanpa Nama berkata...

kata-kata seadanya sudah begitu hebat...kalau diperam hingga ranum....apapun cikgu memang hebat...saya sekarang sedang berguru dengan prof. fuad untuk mengkaji bangsa melayu...mungkin sangat berguna dalam berkarya nanti..doakan saya..

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...