Rabu, April 22, 2009

Memulihkan Semangat Penulisan

Sejak beberapa bulan belakangan ini saya kurang menumpukan perhatian terhadap penulisan, walaupun banyak tugasan penulisan yang perlu selesaikan menjelang bulan Mei. Semalam saya bertekad untuk mengembalikan semangat untuk menulis. Bermula dengan langkah untuk mengemas bilik kerja. Sebenarnya isteri saya yang mengemaskan bilik kerja saya. Kini setelah kelihatan kemas, semangat untuk menulis telah kembali. Saya mula menyiapkan projek penulisan yang perlu disempurnakan sebelum hujung bulan Mei. Saya berharap semangat ini akan berterusan.



1 ulasan:

ummufatihah berkata...

Saya sokong semangat tuan... Sambil2 tu, bolehlah catatkan perkembangannya di blog ni... Saya pun ada cita2 nak menulis tapi tak reti nak bermula dari mana...

Travelog Seoul Korea 2017

Tanpa banyak persediaan, saya membuat keputusan untuk melancong ke Seoul. Saya terbang ke Seoul pada 28 Ogos, dengan Air Asia.   Kami tiba ...