Saya memberi respons terhadap Bulya Iswandi yang bertanya tentang teknik penulisan puisi. Saya bukanlah seorang penulis puisi yang baik atau berjaya. Setakat ini hanya dalam 30 buah puisi saya yang tersiar di penerbitan. Akhir-akhir ini saya tidak lagi menghantarkan puisi saya ke penerbitan kerana tidak banyak karya baharu yang saya hasilkan.
Menyentuh soal penulisan puisi, saya tidak ada satu teknik yang khusus. Segala lahir sebagai sebuah ilham yang spontan. Sesuatu ilham itu saya lahirkan dengan bahasa yang melebihi sedikit drp bahasa sehari-harian. Saya garap bahasa dengan unsur bunyi yang mempunyai rima tertentu. Oleh sebab itu kebanyakan puisi saya ada pengaruh puisi tradisional. Jadi, yang penting dalam penulisan puisi ialah BAHASA yang dapat MENYERLAHKAN tema yang cuba disampaikan.
Aspek nilai dalam puisi merupakan satu aspek penting. Namun demikian, penelitian tema bukanlah tugas penulis. Penulis hanya menerapkan semua kualiti dan kreativiti dalam karya. Yang akan menilai sama ada karya itu membawa tema, nilai, dan apa-apa sahaja aspek struktural puisi ialah pembaca, penganalisis, dan pengkritik karya tersebut (itupun jika karya dibaca pihak tersebut).
Seorang penulis puisi tidak harus terlalu memikirkan aspek-aspek nilai, tema, dan aspek struktural yang lain semasa menghasilkan karya. Biarlah orang lain yang menilai karya kita. Akan tetapi jika kita menulis berdasarkan tema, nilai, dan apa-apa sahaja yang ditetapkan, kita harus memikirkan perkara-perkara tersebut sebelum melahirkan karya.
2 ulasan:
ooo...begitu. jadi saya rasa saya melakukan tindakan yang betul dengan meletakkan nilai sebagai perkara utama sewaktu menulis pusi mengenai hari guru. lagipun temanya telah ditetapkan. saya sendiri rasa janggal sedikit sebenarnya menulis sesuatu yang sudah ditetapkan. terima kasih cikgu. saya ucapkan selamat hari guru. terima kasih kerana mengajar saya menjadi seorang penulis....
as-salam...
saya sangat berminat untuk turut sama menghantar karya-karya saya sebagai mencuba nasib...tetapi tidak mendapat alamat khusus... saya juga ingin menjadi penulis puisi...
sekiranya sudi tuan berikan petunjuk dan jalannya, saya amat berbesar hati dan berterima kasih..
jika berminat, layarilah blog saya:
tintahati88.blogspot.com
Catat Ulasan