Bungkusan putih di atas ialah ubi kayu yang sudah disagat dan padatkan. Dijual sebagai bahan makanan asas mereka. Ubi dimasak dan dimakan bersama-sama lauk, biasanya ikan.
Selasa, Jun 30, 2009
Makanan Yang Unik di Sabah.
Bungkusan putih di atas ialah ubi kayu yang sudah disagat dan padatkan. Dijual sebagai bahan makanan asas mereka. Ubi dimasak dan dimakan bersama-sama lauk, biasanya ikan.
Meredakan tekanan
Pantai di Pulau Manukan sangat bersih dan cantik. Tidak hairanlah ramai pelancong barat yang datang dan bersantai.
Isnin, Jun 29, 2009
Melancong ke Sabah hari ketiga
Berasa sangat teruja dengan suasana keindahan pulau-pulau di negeri Sabah. Mandi-manda di air yang sangat jernih. Ikan kecil dan besar datang berkerumun di sekeliling, dilatari laut membiru, saujana memukau perasaan.
Melancong ke Sabah hari kedua
Merendam kaki dalam kolam air panas. Memang panas.
Sabtu, Jun 27, 2009
Melancong ke Sabah 1
Sabtu, Jun 20, 2009
Di Istana Budaya untuk HSKU 2008
Khamis, Jun 18, 2009
Ceramah di Puchong
Sabtu, Jun 13, 2009
Isnin, Jun 08, 2009
Melancong ke Sabah
Ahad, Jun 07, 2009
Berwisata ke Lost World of Tambun
Mendapatkan rawatan urutan refleksologi
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008
Awal-awal pagi hari ini, saya menerima sms daripada beberapa orang kawan untuk mengucapkan tahniah. Antaranya termasuklah Halis Azhan dan Nafi Mat. Saya terlewat membaca akhbar pagi ini. Setelah saya menyelak sisipan Mingguan Malaysia, saya dapat nama saya terselit di celah-celah nama-nama pemenang HSKU 2008. Saya pemenang sagu hati dalam kategori Cerpen Remaja. Alhamdulillah. Lebih membanggakan terdapat nama beberapa orang rakan karib saya turut tersenarai seperti Lutfi, Shamsudin, Zakir, dll.
Bagi saya, walaupun saya memenangi hadiah sagu hati, sebenarnya saya amat berbesar hati. Pertamanya kerana itulah satu-satunya cerpen yang saya hantar ke Utusan tahun lepas. Dalam HSKU, menerima hadiah sagu hati amat besar nilainya. Hal ini demikian kerana HSKU merupakan hadiah sastera yang paling berprestij di Malaysia. Yang menang hadiah utama juga hebat-hebat karya mereka. Jadi, sagu hati bagi saya amat besar maknanya. Terima kasih UTUSAN.
Khamis, Jun 04, 2009
Rombak Pakej Subjek untuk SPM
Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengehadkan 10 mata pelajaran bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia mencetuskan pelbagai reaksi dan pandangan. Sebagai seorang pendidik, saya juga terpanggil untuk menyuarakan pandangan saya dalam hal ini. Bagi saya, cadangan tersebut merupakan satu transformasi yang wajar diterima dengan positif. Sistem pendidikan negara ini telah melalui pelbagai perubahan sebelum ini. Sebagai satu entity yang dinamik kita tidak harus berasa janggal untuk membuat perubahan.
Mengikut dasar yang dicadangkan, hanya empat subjek akan diangkat sebagai subjek teras. Hal ini telah membimbangkan banyak pihak kerana beberapa subjek penting juga akan tercicir daripada senarai subjek teras tersebut. Untuk mengatasi masalah ini saya mencadangkan pakej mata pelajaran diwujudkan seperti berikut, iaitu subjek teras, subjek subteras, dan subjek elektif. Bagi murid-murid mereka diperlukan mengambil empat teras, dua subteras, dan dua elektif untuk memenuhi kuota 10 subjek dalam peperiksaan.
Subjek teras hendaklah dirombak daripada subjek-subjek yang ada sekarang. Empat subjek teras cadangan saya ialah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris, Kenegaraan Malaysia (yang terdiri daripada sejarah dan tamadun bangsa), dan Pendidikan Insaniah (yang terdiri daripada Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan).
Subjek subteras pula hendaklah dipakejkan dalam bentuk dua subjek satu pakej. Misalnya Fizik dan Kimia, Biologi dan Sains Am, Perdagangan dan Perakaunan, Matematik Moden dan Matematik Tambahan, Sains Komputer dan ICT, Geografi dan Pendidikan Alam Sekitar, dan subjek-subjek lain yang berada dalam kategori yang sama. Sementara itu subjek elektif pula terdiri daripada subjek seperti Pendidikan Seni, Sains Pertanian, Kemahiran Hidup, Tasawur, Syariah, dan lain-lain. Dengan cara ini murid dapat menjuruskan hala tuju mereka dengan mengambil subjek yang ada kaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi. Cara ini juga dapat mengembangkan potensi murid dalam bidang yang digemari oleh mereka.
Dalam usaha memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu, dua subjek iaitu Bahasa Malaysia dan Kesusasteraan Melayu digabungkan. Kaedah bahan kesusasteraan hanya sebagai komponen juga perlu dirombak dengan menitikberatkan aspek penghayatan dan aplikasi kesusasteraan dalam memupuk jati diri generasi muda. Kesusasteraan tidak harus dilihat sebagai bahan pemahaman semata-mata tetapi sebagai pelahiran bakat dan penghayatan nilai murni yang terkandung dalam bahan-bahan sastera itu sendiri. Oleh sebab Bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa global dan teknologi, subjek ini juga diangkat sebagai teras untuk menggantikan PPSMI yang semakin hangat dibantah. Dalam hal ini bahasa dan kesusasteraan Inggeris wajar dilihat sebagai satu kaedah untuk meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Subjek kenegaraan pula melibatkan aspek sejarah dan tamadun bangsa Malaysia. Di peringkat institusi pengajian tinggi subjek ini telah pun diajarkan, jadi tidak menjadi masalah kepada penggubal kurikulum untuk merendahkan tahapnya bagi disesuaikan dengan peringkat umur remaja belasan tahun. Untuk menambahkan penerapan jati diri, subjek Pendidikan Insaniah dicadangkan yang merangkumi Pendidikan Agama Islam bagi murid yang beragama Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik disatukan untuk murid bukan Islam. Melalui subjek ini aspek penerapan nilai insaniah dititikberatkan bagi melahirkan generasi muda yang berjati diri dan modal insan yang syumul.
Subjek subteras yang dicadangkan pula perlu diperhalusi bagi membolehkan penyebarannnya seimbang dan menjurus ke arah kursus-kursus yang ditawarkan di university. Pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kepakaran untuk menyusun perkara ini agar relevan dengan keperluan masa kini dan masa hadapan. Bagi subjek elektif pula murid diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membuat pilihan agar dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam peperiksaan. Malahan murid juga diberikan kebenaran jika tidak berminat untuk mempelajari pakej elektif. Hal ini kerana mereka akan mengambil sekurang-kurangnya lapan subjek iaitu subjek teras dan subjek subteras.
Kesimpulannya, cadangan untuk mengehadkan subjek dalam peperiksaan SPM perlu dillihat secara kritis dan positif. Dengan pelaksanaan cadangan ini, semua murid akan menduduki peperiksaan yang agak seimbang iaitu antara lapan hingga 10 subjek. Sekarang ini keadaannya amat tidak seimbang. Ada calon yang mengambil tujuh subjek sahaja dan ada pula yang mengambil lebih daripada 20 subjek.
Cendawan Batu
Cendawan yang saya beli
Rabu, Jun 03, 2009
Lot Tanah
Selasa, Jun 02, 2009
Subjek Teras, Subjek Subteras, dan Elektif
Walau bagaimanapun, jika perubahan perlu dilakukan, saya ingin menyuarakan pandangan ekoran cadangan awal saya tentang subjek teras, subteras, dan elektif. Subjek subteras boleh dikategorikan seperti yang berikut:
Teras : Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Moral/Agama Islam, Bahasa Inggeris.
Subteras 1 : Fizik, Kimia, Biologi, dan satu subjek lain yang selaras spt sains farmasi
Subteras 2 : Perdagangan, Prinsip Akaun, Pengajian Perniagaan, dan satu yang lain spt bookkeeping dsb.
Subteras 3 : Matematik Tambahan, Math Moden, Lukisan Kejuruteraan, dan teknologi kejuruteraan.
Selain mata pelajaran di atas dimasukkan dalam kategori Elektif.
Sekadar pandangan.
Kesusasteraan Melayu sebagai subjek teras?
Isnin, Jun 01, 2009
Pulut Durian
Saya di Kedah. Kebetulan di depan rumah orang tua saya ada pasar malam. Ketika berjunjung ke pasar malam saya terjumpa makanan ini, iaitu pulut durian. Bagi orang Kedah, puluh durian merupakan makanan istimewa yang ada pada musim durian sahaja. Dulu-dulu masa saya kecil, apabila tiba musim durian, ibu saya akan kukus pulut. Pulut akan digaul dengan durian dan dilembutkan dengan santan yang dicampurkan dengan sedikit garam. Wah.. enaknya.
Namun, bagi orang yang tak biasa makan, mungkin susah sikit nak biasakan diri. Pulut juga dimakan dengan buah mangga. Datanglah ke Kedah untuk makan pulut durian. Pulut mangga pula lebih terkenal di Perlis.
TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024
Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta. Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel. Pada petangnya kami ke Thamrin City, ke...
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...