Khamis, Julai 09, 2009

5 bilion untuk pengajaran BI

Walhasil balik asal! Begitulah gambarannya apabila pengumuman peruntukan 5 bilion disediakan sebagai usaha memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah nanti. Kita tidak mempertikaikan jumlah tersebut dan juga usaha untuk memantapkan BI. Namun dalam keghairahan itu, soal pokok yang diperjuangkan sudah terpinggir. Asas perjuangan supaya PPSMI dimansuhkan adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi negara ini. Namun demikian hal yang terjadi sekarang bukan difokuskan pada usaha tersebut tetapi usaha untuk memartabatkan bahasa Inggeris pula.


Saya berasa pada peringkat ini, pihak-pihak yang berpengaruh masih ada peluang dan ruang untuk membetulkan keadaan. Pihak-pihak ini perlu berusaha untuk meletakkan BM setingkat di atas kedudukan BI. Jika tidak kemelut dan polemik yang sama akan berlaku apabila generasi muda lebih mengenali Illiad dan Oddessey daripada Ranjau Sepanjang Jalan dan lebih mengenali Shakespear daripada A Samad Said.

6 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Salam. Dahulu habis RM12 million untuk PPSMI. Sekarang RM5billion pula untuk BI. Jangan ditanya di mana kedudukan bahasa Melayu. Ia akan sentiasa dan terus ditekan ke bawah dalam apa juga cara.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Aku telah buat komen di bawah PPSMI.Aku lanjutan di sini pula.

Kita perlukan seorang bekas guru memimpin Kementerian Pelajaran.Menteri yang ada asas didikan perguruan.Menteri dari disiplin lain membawa banyak bencana.Sebaik2nya macam kementerian kesihatan.Menterinya seorang doktor.Kita perlu seorang menteri yang cintakan bahasa sendiri.Dulu kita ada Khir Johari,Gaffar Baba,Senu.Nampaknya kita tiada pilihan.Guru2 la ni dah fed-up dengan kerenah politik.Satu malaysia,rakyat diutamakan....phiiiiraaaahhh.

sahrunizam abdul talib berkata...

Wow 5 billion Dr! Dan, sastera Inggeris bakal disogokkan kepada kanak-kanak sekolah rendah. Teramat aneh manusia-manusia di negeriku ini

HBM Consultant berkata...

Maaf, catatan saya di atas sana sepatutnya merujuk kepada billion, bukan million.

Saya sangat bersetuju dengan tulisan Tuan Nginap Srengenge. Seharusnya pemimpin itu adalah orang yang pernah dipimpin dan orang yang tahu selok-belok pinpinannya. Inilah silap kita, tidak meletakkan orang yang benar-benar berhak di tempat yang sepatutnya seperti yang disarankan oleh Quran dan Sunnah.

Tanpa Nama berkata...

akan di dengarkah suara2 ini di sana?
pasanglah pembesar suara ke atas sana... supaya mereka itu sedar akan kesilapan mereka...
bangkit lah beramai2... satukan hati..
pd saya.. PPSMI tidak patut di mansuhkan jika gini lah jadinya
akan terseksa lagi lah murid2 terutama murid luar bandar..

princess from secret rendezvous berkata...

kalau panjang umur, kita lihat 6 tahun selepas 2012 nanti... masih kah murid luar bandar dijadikan kayu pengukur untuk eksperimen politik ni... ;)

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...