Rabu, Julai 08, 2009

PPSMI: Keputusan yang memang dijangkakan

Akhirnya, keputusan yang ditunggu-tunggu telahpun dibuat. PPSMI dimansuhkan. Pejuang-pejuang yang menentang PPSMI tentunya bersyukur dengan keputusan tersebut. Bagi saya, mansuh atau tidak sama sahaja. Memang mansuh atau tidak ada kebaikan dan keburukannya. Akan tetapi pemansuhan tersebut perlu dilihat dari pelbagai sudut. Barangkali pertimbangan yang rasional telah dibuat sebelum keputusan diumumkan. Walaupun keputusan tersebut nampaknya dalam keadaan tergesa-gesa (mungkin kerana manik-manik kian terurai di Manik Urai) alasan yang diberikan agak bertentangan dengan laungan-laungan kejayaan sebelum ini. Jadi secara tidak langsung, fakta dan data yang diketengahkan sebelum ini (semasa mempertahankan PPSMI) hanya rekaan semata-mata.

Sebagai guru BM biasa, keputusan tersebut tidak membawa apa-apa perubahan. Akan dianggap perubahan jika ELUAN GURU-GURU BM dipertimbangkan seperti ELAUN GURU BI DAN PPSMI dulu. Sementelahan, usaha memartabatkan Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) semakin diuar-uarkan, tidak mungkin status guru BM begitu rendah berbanding bahasa Inggeris.

Saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa lagi ghairah dalam semua hal ini. Permohonan saya untuk mendapatkan pelepasan nampaknya sangat jauh daripada menjadi kenyataan. Slogan 1 Malaysia, rakyat diutamakan itu hanyalah pemanis mulut. Memohon untuk bertemu dengan orang atasan dalam KPM tersangatlah susahnya, apatah lagi saya hanya guru biasa. Begitu lumrahnya dan saya tidak menyesalinya. Harap-harap saya dapat bertahan dua tahun lagi sebelum memohon untuk bersara awal. Harap-harap juga permohonan untuk bersara awal tidak sesukar permohonan untuk mendapatkan pelepasan dengan izin.

2 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Salam, Dr.

Memang benar PPSMI AKAN DIMANSUHKAN. Berita yang didengar seolah-olah ia dimansuhkan mulai hari ini. Padahal, 3 tahun lagi. Itu pun belum pasti. Biasalah, janji pilihan raya dan janji politik tidak boleh dipegang lama-lama. Apa sahaja boleh terjadi dalam masa 3 tahun lagi. Kalau Menteri Pelajaran ditukar lagi selepas ini, tidak mustahil keputusan ini hanyalah 'janji tinggal janji'. Kita tidak boleh terlalu cepat menerima dan berpuas hati.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Pasai PPSMI aku awal2 lagi menentangnya.Janji politik jangan percaya.

Sebagai bekas guru bahasa/sastera aku cukup kecewa dengan kedudukan Bahasa Melayu.

Pencen awai juga banyak kerenahnya.Aku dulu pun pencen awai,banyak masalahnya.Nasib baik ada kawan kat KPM tolong uruskan.Uruskan lebih awai,sekurang2nya setahun dulu.

Aku lebih setahun tak terima pencen.Nasib baik biasa makan nasi macam anak2 Lahuma/Jeha.Pucuk ubi kayu cecah ayiaq belacan.Nasib baik juga tak dak babi mai sondoi pokok ubi.La ni babi cukup jenoh.Semua tu melambangkan negara kita menghala ke merudum.

Biar manik berurai , minyak kelantan pun depa tipu.Tipu orang melayu.PPSMI tipu anak Melayu.Melayu semakin layu.Haramjadah sungguh.

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...