Rabu, September 03, 2008

Apa-apa yang terjadi


Banyak perkara yang kulalui, yang menggugat kestabilan emosi. Tapi, aku sentiasa berfikiran positif dan beranggapan apa-apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Aku harus bersabar dan menerima ketentuan Ilahi di samping berusaha untuk menangani segala kemelut ini.

Apa-apa yang terjadi,
terjadilah,
kerana ketentuan-Nya tidak ada dalam jangkauan,
harus jua kuterima seadanya,
dan tidak pernah menyesali langkah-langkah,
kerana hidup perlu terus melangkah,
dan sesekali menoleh,
sekadar melihat jejak hitam dan putih,
kian berbaur,
dan sirna.

Kadang-kadang aku bertanya,
tidak cukupkah kebahagiaan yang kumiliki,
sehingga aku tega terus mencari,
dan mengidami seribu mimpi,
di persada ilusi.

Namun inilah kehidupan,
yang tidak pernah kuhentikan,
kerana kelangsungan tidak ada sempadan,
sehingga detik keberangkatan,
meninggalkan pelabuhan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i'm also into those things. care to give some advice?

Tanpa Nama berkata...

Its ok if the appearance of your blog is not good. The important thing is the topic or the content of your blog.

DI KULIT BUMI KARYA-MU berkata...

Salam doc.
Aku yg serba kekurangan pun buntu memikirkan masalah ITU. Mungkin rundingan, atau penangguhan? Kenapa begitu terhalang niat suci kita, ya?
Cuba amalkan asmaulhusna ini: Ya Qahhar (Maha Perkasa) 100X, lepas tu Ya Wahhab (Maha Pemberi) 7X, tadah tgn, pandang atas dan berdoa, semoga apa sahaja hajat kita ditunaikan-Nya. Insya-Allah.

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...