Khamis, Jun 18, 2009

Ceramah di Puchong

Hari ini saya dijemput untuk menyampaikan ceramah di SMK Puchong Utama (1). Ada beberapa perkara menarik tentang hari ini. Pertama SMK Puchong Utama (1) ini sangat sukar untuk dicari. Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Mahani yang sanggup datang menjemput saya di Kinrara. Beliau juga sanggup menghantarkan saya ke lebuh raya Putrajaya semasa yang saya balik.
Yang kedua ialah saya bertemu dengan Pengetuanya Tuan Mahmudi Bakri yang memang saya kenal semenjak di Kedah lagi. Kebetulan beliau ialah kawan baik rakan serumah saya semasa di Kedah dahulu. Beliau pernah berkunjung ke rumah bujang kami lebih 24 tahun yang lalu. Beliau juga senior saya di UPM.
Yang ketiga buat pertama kali saya berceramah dalam dewan terbuka. Walaupun agak panas, sambutan peserta sangat baik. Tahniah buat murid tingkatan 5 yang menyertai ceramah saya. saya berdoa semoga anak-anak semua berjaya.
Oleh sebab terlalu seronok berceramah saya terlupa nak ambil gambar untuk diabadikan dalam blog ini.

1 ulasan:

Rien berkata...

Tahniah Dr atas terberhasilnya(betul ke ada ayat ini--> terberhasil?) blog yang unggul nie, selalu juga singgah sebenarnya, tapi baru sekali ini terpanggil untuk meninggalkan komen.. tak sangka DR kenal dengan Tuan Mahmudi Bakri.. Dah lama kenal ye ? Mungkin tak selama saya mengenalinya :P Salam untuk Kak Cik .. Dah lama tak bersenda gurau dengan dia...

Raya 2024