Selasa, Jun 02, 2009

Subjek Teras, Subjek Subteras, dan Elektif

Perubahan persijilan SPM kini namaknya semakin merendahkan nilai peperiksaan itu sendiri. Malah sejak pengisytiharan untuk memansuhkan yuran peperiksaan, sudah kita nampak imbasan kemerosotan nilai SPM itu sendiri. Sehingga tahun 80-an aura SPM sangat tinggi. Tidak keterlaluan jika dikatakan SPM lebih tinggi pengaruhnya daripada STPM. Kini nilai SPM semakin merosot.

Walau bagaimanapun, jika perubahan perlu dilakukan, saya ingin menyuarakan pandangan ekoran cadangan awal saya tentang subjek teras, subteras, dan elektif. Subjek subteras boleh dikategorikan seperti yang berikut:

Teras : Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Moral/Agama Islam, Bahasa Inggeris.
Subteras 1 : Fizik, Kimia, Biologi, dan satu subjek lain yang selaras spt sains farmasi
Subteras 2 : Perdagangan, Prinsip Akaun, Pengajian Perniagaan, dan satu yang lain spt bookkeeping dsb.
Subteras 3 : Matematik Tambahan, Math Moden, Lukisan Kejuruteraan, dan teknologi kejuruteraan.

Selain mata pelajaran di atas dimasukkan dalam kategori Elektif.

Sekadar pandangan.


1 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Ya, pandangan seorang guru yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan seharusnya diambil kira dalam sebarang keputusan. Cikgu, errr.. Dr., cubalah cadangkan senarai ini kepada KPM. Khabarnya mereka membuka laluan cadangan melalui email dan laman web kementerian sendiri.

Suara pendidik perlu sampai kepada mereka supaya dunia pendidikan tidak terus diterajui oleh kuasa politik semata-mata. Dari dahulu saya menanti 'orang akademik' menerajui dunia akademik bukan orang politik yang lebih suka mendengar suara politik berbanding suara akademik seperti sekarang. Bukankah bagus jika yang menjadi Menteri Pelajaran itu seorang guru yang pernah merasai perit getirnya hidup seorang pendidik?

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...