Jumaat, Mei 09, 2008

Beberapa Berita Gembira


Semalam isteriku kembali dengan wajah ceria apabila dia mendapat keputusan PTKnya. Dia mendapat kelulusan cemerlang dalam PTK. Hari ini aku pula menerima berita gembira. Pagi tadi aku dihubungi pegawai Jabatan Pelajaran Negeri mengatakan aku memenangi anugerah Guru Inovatif 2008 peringkat negeri Selangor. Alhamdulillah. Petang ini pula aku mendapat keputusan PTK DG44, dan sekali lagi aku bersyukur kerana mendapat keputusan IV untuk kedua-dua kategori kursus. Berdasarkan keputusan ini gajiku akan melonjak lebih RM400.00. Barangkali ada lagi berita gembira untuk hari-hari yang mendatang. Akan kutunggu saat itu. Namun aku tetap menerima apa-apa sahaja khabar, gembira mahupun sebaliknya, kerana itulah ketentuan-Nya. Aku berusaha, bertawakal, dan pasrah.
Besok aku akan membawa murid-murid menyertai pertandingan Puisi dan Lagu. Anak-anak itu memang berbakat, dan aku hanya mengetengahkan bakat mereka. Kalah menang bukan ukuran, tetapi tugas yang diamanahkan perlu dilaksanakan.

3 ulasan:

erlyda berkata...

Alhamdulillah..Allah tu memberi kita rezeki dengan pelbagai cara..bkn sahaja dari segi wang ringgit.. mensyukuri dengan segala apa nikmat yg diberi adalah lebih mulia dari mengeluh dengan rezeki yang tidak dpt memuaskan hati dan nafsu kita...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Ferida, mudah-mudahan you juga akan beroleh rezeki, hanya sabar dan tawakal.

Cikgu Ghazali

DI KULIT BUMI KARYA-MU berkata...

Salam DR. TAHNIAH ATAS SEGALA KECEMERLANGAN! hj sham kata, semoga panjang umur, murah rezeki. tapi jangan lupa open table! hehe. Salam dari Langkawi.

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

  Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.   Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.   Pada petangnya kami   ke Thamrin City, ke...