Jumaat, Mei 16, 2008

Tidak Sabar Rasanya




Boleh dikatakan setiap hari aku dan keluarga melalui kawasan ini untuk melihat perkembangan. Semalam aku sudah berbincang dengan tukang untuk menaiktaraf rumah baharu kami. Kosnya agak tinggi juga. Setakat ini 80% rumah ini sudah siap. Barangkali dalam bulan Jun, CF akan dikeluarkan. Aku menganggar dua bulan akan diambil untuk renovate.




Aku mula mengumpul wang untuk menyediakan dan merasai sebuah kediaman yang selesa. Sekadar ingin berasa selesa, bukan untuk berbangga atau bermegah-megah. Sejak kecil aku dibesarkan di teratak kecil di tepi sawah, di kaki bukit tersisih jauh di pedalaman. Ketika aku menduduki MCE, aku masih diterangi pelita minyak tanah yang menyesakkan hidung. Biarlah aku merasai hidup dalam sebuah rumah yang selesa. Percaya atau tidak, sebahagian daripada biaya kediaman ini datangnya daripada hasil penat jerih menulis dan menulis. Penulisan membawa aku sedikit rezeki yang lebih. Alhamdulillah... Syukur.

3 ulasan:

Siddiq Azani berkata...

cantik rumah cikgu! raya nanti buatlah rumah terbuka ya cikgu...heheh

erlyda berkata...

yup betul kata siddiq tu..cantik nampak mewahh..sebelum buat rumah terbuka buatla house warming dulu..

Tanpa Nama berkata...

Erlyda dan Sidik,
Terima kasih atas lawatan ke blog saya. Masalahnya rumah saya tu belum siap lagi. Kalau dah siap nak renovate pula lagi. Harap2 rumah ni siap sebelum puasa. Nanti datanglah ke rumah saya. Dekat je dengan rumah orang tua Erlyda, kat Taman Cempaka, Banting.

Cikgu Ghazali

Travelog Seoul Korea 2017

Tanpa banyak persediaan, saya membuat keputusan untuk melancong ke Seoul. Saya terbang ke Seoul pada 28 Ogos, dengan Air Asia.   Kami tiba ...