Menjadi Juruacara
Pada 7/7/08, aku telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi juruacara majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang warga pendidikan daerah Kuala Langat. Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar. Inilah pertama kalinya aku menjadi juruacara dalam majlis besar dan formal. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan warga pendidikan yang menerima anugerah daripada Tuan Pengarah Pelajaran Selangor, Puan Ashah bt Samah.
3 ulasan:
masa mula2 nak berucap tu berdebar tak? dari pengalaman saya la kan..air liur ni sampai dah kering nak telan tau berdebar punya pasall...
Masa nak umumkan ketibaan tu rasa gugup juga. Lepas tu dan ok. Mungkin kerana dah ada pengalaman menyampaikan ceramah dan seminar hingga peringkat kebangsaan.
Tahniah suara macho, wujudkan suasana yang ceria. Jangan ketaq
Catat Ulasan