Isnin, Mac 29, 2010

Kunjungan Kawan

Saya bergambar bersama-sama Cikgu Elliaziz, isterinya Kamsatin, dan anak mereka Syafiq di hadapan rumah saya. Saya juga menghadiahkan antologi cerpen saya, Di Kaki Mimbar sebagai kenang-kenangan.
Pada hari Sabtu saya menerima kunjungan rakan saya Cikgu Elliaziz dan keluarganya yanng datang dari Perlis. Beliau merupakan rakan serumah saya ketika kami sama-sama mengajar di SMK Sik bermula tahun 1984. Kini beliau mengajar di SMK Syed Sirajuddin, Perlis. Saya amat berbesar hati apabila mengetahui mereka akan datang ke rumah saya dan bermalam di rumah kami. Sebenarnya, Cikgu Elliaziz melawat anaknya di Kolej Mara Banting kerana ada program yang dianjurkan oleh KMB pada hari Ahad 28 Mac. Pada pagi Ahad, saya dan Elliaziz pergi berjumpa seorang lagi rakan kami iaitu Haji Halim Noh di Kanchong Darat.

5 ulasan:

elliaziz berkata...

Terima kasih kerana membenarkan kami bermalam di istana Dr Ghazali. Teringat nostalgia lama tinggal bersama di rumah sewa yang banyak tikus dan nyamuk dengan gaji RM370 sahaja. Semoga Allah memberkati pertemuan ini dan terus kekal pershabatan hingga nyawa dikandung badan.

Ghazali Lateh berkata...

Memang zaman muda dulu byk nostalgia. Sama-sama susah hidup di Sik. Sebenarnya semua pengalaman itu merupakan guru yang sangat berkesan untuk membina kekuatan dan keyakinan diri. Kita perlu banyak masa untuk mengenang kembali semua kenangan. Barangkali kita perlu balik ke Sik suatu hari nanti untuk berjumpa kekawan dan mengenang kembali saat-saat indah itu.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam dari pak cha,

Halim md noh la ni pencen tak lagi?
Tolong bagitu alamatnya.

Wassalam.

Ghazali Lateh berkata...

Salam Pak Cha,
Halim kata dia nak bersara bulan 10 nanti. Kalau nak hubungi dia ni alamat sekolah dia. SMK Sungai Manggis, 42700 Banting, Selangor. Atau Pak cha telefon dia di no 016 2022656.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam dari Sik,

Terima kasih banyak.
Doakan semoga shat walafiat.
wassalam.

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...