Isnin, Mac 01, 2010

Anak Kecil Bermata Bulat

Anak kecil bermata bulat
pasti keletah tuturnya
kerana baru saja dia mengenal dunia
dan senang bercanda gurau senda
tanpa nista di mata
di dalam jiwa.

Anak kecil bermata bulat
pasti cergas berlari
mengejar itu dan ini
tidak mengenal kasih dan benci
sakit dan ngeri
dunianya berseri.

Wajah lembutnya anak kecil ini
tiba-tiba terbayang di semua hati
menangis tanda simpati
kerana dia telah pergi
membawa sebuah mimpi ngeri.

Anak kecil bermata bulat
tiada lagi tawa keletahmu
tiada lagi gurau riuhmu
tiada lagi kamu.

Semadilah anak kecil bermata bulat
kau nantilah mereka di hari akhirat.

Banting,
1 Mac 2010

3 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Al Fatihah buat anakanda Syafiah. Janji Allah itu sangat pasti. Syurga yang tiada di dunia menanti anakanda di sana. Berbahagialah di sisi Nya.

Dr., sedihnya puisi ini sangat terasa tatkala wajah anak kecil itu terbayang di ruang mata...

Ghazali Lateh berkata...

Marni, sama-samalah kita hadiahkan al fatihah.

Ghazali Lateh berkata...

Marni, sama-samalah kita hadiahkan al fatihah.

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...