Ahad, Januari 31, 2010

Makan Angin Bersama-sama Keluarga


Bergambar di jeti Umbai, iaitu jeti untuk ke Pulau Besar, Melaka

Bersedia untuk menjamu selera
Semalam saya ke Melaka. Rancangan awal nak ke Kuantan, tapi takut tak sempat balik saya mengubah haluan ke Melaka. Isteri mengajak kami sekeluarga makan-makan di Serkam. Malangnya, sampai di Serkam, hanya gerai yang ada tapi tidak dibuka. Terpaksa saya berpatah balik ke Umbai tempat yang saya dah dua kali pergi.
Sudah lama juga saya tidak membawa keluarga jalan-jalan. Kalau tidak ada apa-apa aral, 5,6, dan 7 Mac nanti kami akan ke Bandung pula.
Landskap di bandar Melaka sungguh menarik

Pemandangan replika Flor de La Mar dari atas Menara Tamingsari.

Pada sebelah petang dan malamnya, kami menghabiskan masa di Bandar Melaka. Banyak perubahan yang dilakukan dan Bandar Melaka semakin cantik. Cuma, kesesakan lalu lintas amat serius, sehingga saya mengambil masa hampir sejam untuk keluar dari bandar. Saya dan keluarga sempat menaiki Menara Tamingsari. Dengan bayaran RM10 (bagi rakyat Malaysia) kita dapat menikmati keindahan pemandangan malam di bandar Melaka.

2 ulasan:

hasniza sabar berkata...

salam cikgu.

dah lama saya tak jumpa cikgu dan cikgu salwa. anak-anak cikgu pun dah bujang & dara ye... sampaikan salam pada cikgu salwa, ingat lagi tak dengan kenakalan kami, pelajar-pelajar 1C dulu...
selamat membeli-belah di Bandung. Sila bawa Rupiah berjuta yea... :)

Tanpa Nama berkata...

fuhh..makan angin je sekarang ye cikgu..best betul..nanti upload gmbr di bandung..kem slm kat cikgu salwa.

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...