Sabtu, Januari 09, 2010

Si Pemain Api

Dia terlalu bangga dengan obornya,
dan minyak yang terhambur dari lidahnya,
memuntahkan bahang dan cahaya,
celaka.

Pemain api itu, dialah,
dengan bodohnya mencucuh hati,
kerana dia tahu di tangan ada belantan kuasa,
atas nama kanun raksasa,
sesiapa jua tidak mampu menahannya.

Dan kini api itu telah marak,
membakar emosi dan aksi,
pemain api itu hanya tersenyum,
kerana di tangannya masih ada obor,
dan bebunga api yang melantun
ke kaki kami.

Siapakah pemain api itu...
langsung namanya tidak diserbu,
kerana dia berada di bawah payung kuasa,
sedangkan di jalanan api mula membakar sukma kami,
rentunglah kesabaran dan semua alasan,
kerana kepanasan sudah tidak tertahan.

Bunuhlah di pemain api itu,
kerana dialah yang mencetuskan segala musibah,
yang mula bercambah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salaam, guruku yang hensem. pening juga ya mau meyiapkan novel. saya fikir senang pada awalnya...arrggghhh...lagi pula cerita perang. dan falsafahnya : saya mencuba sesuatu yang dipanggil penyatuan mazhab di negara Iraq. (latarnya pun Iraq) harap bisa bersua nanti di kantin ya...saya mahu bercerita panjang...sampai guru disiplin halau saya pun tak mengapa. hehe. moga sihat selalu

TRAVELOG SATUN THAILAND 2023

  Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian.   Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigrese...