Adakah lagi lelaki yang bermain seruling,
Selain aku?
Tanpa nota irama,
Hanya gerak rasa ritma jiwa,
Mengimbau dari tanah kelahiran,
Ke laman kota penuh nostalgia.
Di sini tiada lagi kiranya,
Lelaki yang ingin meniup seruling,
Kerana kehidupan jauh berbeza,
Dicemburui masa,
Dihambat cempera dunia,
Ke pojok durja.
Malam tetap bangkit di sini,
Tanpa titip kasih dan rindu,
Pada musim berlalu,
Kerana kita sudah jauh meninggalkan,
Mesra desa,
Lapang ladang,
Rimbun kebun.
Aku ingin terus bermain seruling,
Tanda jiwa belum alpa,
Asal-usul jejak mula,
Sebelum terkembang,
Sayap pesona.
Banting,
8/10/2003
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024
Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta. Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel. Pada petangnya kami ke Thamrin City, ke...
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...
3 ulasan:
Assalamualaikum Ghazali Lateh..
Sebenarnya ada orng lain juga berminat bermain seruling...
sy sebenarnya berminat main seruling dr kecil,seruling tradisional...
sy ingin belajar seruling tradisional dgn En Ghazali...
boleh???
Ni email sy merdeka_813@hotmail.com,
nashbmx_813@yahoo.com..
jgn lupa email dgn sy ya...
Saya ada beli seruling, tak tau main selain satu oktave je, teknik untuk mendapatkan high pitch berlainan oktave tak tau.. En Ghazali boleh la post video kat youtube, tak ramai dah lelaki yang main seruling ni, yang ada lelaki beli seruling pas tu tak tau cara nak main sampai ada org tunjuk teknik kat youtube.. dekat 7 orang
salam bro.... boleh saya dapatkan alamat email anda.. atau no tel anda... kerana saya juga dibanting...n saya berminat untuk bermain seruling
Catat Ulasan